Arteta Perlukan Thomas Partey Di Arsenal Jika Guendouzi Dijual

Arsenal Thomas Partey

Pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey kini menjadi sasaran utama Arsenal untuk dibawa ke Emirates bagi mengukuhkan lagi jentera tengah pasukan.

Selepas tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Manchester City dan Brighton & Hove Albion, Mikel Arteta kini tentunya sedar beliau perlukan seorang pemain yang agresif untuk mengekang asakan lawan.

Beberapa laporan oleh media Sepanyol, mendedahkan Arsenal bersedia untuk membayar klausa pelepasan bernilai £43 juta (RM230) pemain Ghana tersebut.

Bagaimanapun, mereka perlu bersaing dengan pasukan lain termasuk Napoli, Barcelona dan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris lain.

Kehadiran Partey di bahagian tengah Arsenal tentunya amat diperlukan terutamanya apabila spekulasi penjualan Matteo Guendozi kini semakin hangat.

Sejak ketiadaan pemain seperti Patrick Vieira dan Emmanual Petit, Arsenal kini semakin hilang sifat agresif di bahagian tengah dan Partey yang turut mempunyai kelebihan dari segi fizikal adalah calon terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut.

Betapa pentingnya seorang ‘jeneral’ yang boleh ‘membuli’ atau menggerunkan pemain lawan supaya wujud ‘aura’ juara bagi meningkatkan keyakinan pemain di atas padang.

Partey menyertai akademi Atletico Madrid pada 2012 ketika berusia 19 tahun dan telah pun menjadi pemain penting Diego Simeoni untuk beberapa musim kebelakangan ini.

Dalam perkembangan lain Arsenal telah berjaya mengikat penyerang muda Brazil, Gabriel Martinelli dengan kontrak jangka panjang baharu.

Pengumuman tersebut dibuat 48 jam selepas seorang lagi pemain remaja, Bukayo Saka turut bersetuju dengan kontrak baharu bersama The Gunners.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply