Arteta Percaya Penderitaan Arsenal Adalah Demi Masa Depan Yang Gemilang

Arteta percaya penderitaan Arsenal adalah demi masa depan yang gemilang dan itulah apa yang dimaksudkan olehnya ketika beliau bercakap tentang arah tuju kelab pada ketika ini.

Arteta memulakan kariernya sebagai pengurus dengan sangat baik selepas membantu Arsenal menjuarai Piala FA pada musim pertamanya.

Walau bagaimanapun, masa depan beliau semakin tidak jelas selepas Arsenal sekadar mengakhiri saingan liga musim lalu di kedudukan kelapan.

Keadaan semakin buruk pada musim ini selepas Arsenal menghadapi tiga kekalahan secara berturut-turut dari tiga perlawanan awal dalam saingan Premier League.

Dengan tekanan dari para penyokong semakin memuncak, Arteta berjaya mencatatkan tiga kemenangan secara berturut-turut untuk memujuk dan mendapatkan semula kepercayaan dari semua pihak.

Bercakap kepada Sky Sports News menjelang aksi pertembungan North London derby, Arteta menegaskan yang perjalanan untuk menuju ke arah kejayaan sudah semakin hampir dan beliau meminta agar semua orang bersabar.

“Kita berada di detik yang berbeza dalam sejarah kita.”

https://twitter.com/SkyKaveh/status/1441834011878465537?s=19

Jelas Arteta kepada Sky Sports News, ketika beliau ditanya tentang prespektif yang hilang dari segala kritikan atas kerja kerasnya bersama Arsenal.

“Setiap kelab perlu melalui pelbagai peringkat yang berbeza, dan kita sudah melalui peringkat itu sejak 18 bulan yang lalu dengan situasi pandemik yang banyak menjejaskan kelab sejak dua musim terakhir ini.”

“Kesukaran itu bercampur-campur dan bakal beralih ke arah berbeza dan kami sedang membina sesuatu yang menakjubkan. Tapi saya seorang yang sangat percaya yang semua ini bakal berlaku.”

“Demi kelab, ia tentu akan berlaku, kita perlu jalani semua ini dan itulah yang akan buatkan kita semakin kuat.”

“Saya boleh rasa apa yang berlaku di sini dan saya boleh rasa apa yang berlaku pada para penyokong, dengan generasi pemain yang kita ada di sini, dengan semua orang yang terlibat dengan kelab. Saya rasa semuanya bakal menjadi sangat menakjubkan.”

Arteta menjelaskan yang bekas pengurusnya, Arsene Wenger telah meninggalkan asas yang kukuh untuk bantu beliau membawa Arsenal ke puncak kejayaan.

Wenger membantu Arsenal untuk menjadi salah sebuah pasukan paling digeruni dalam dunia bola sepak Inggeris, dengan memenangi tiga gelaran Premier League dan empat gelaran Piala FA dari tujuh tahun pertamanya di London.

Pengurus dari Perancis itu gagal untuk mengecapi kejayaan yang sama selepas dari itu sebelum beliau memutuskan untuk bersara.

Beliau gagal membantu Arsenal memenangi gelaran liga selama tempoh 14 tahun sebelum bersara, namun Wenger sentiasa memastikan Gunners mendapat tempat untuk beraksi dalam saingan Champions League.

Arsenal berada di ambang kejatuhan selepas pemergian Arsene Wenger, namun Mikel Arteta mendedahkan legasi dari legenda kelab itu akan beliau gunakan untuk memacu kelab ke arah kejayaan.

“Saya rasa semua asas itu sedang kami gunakan sekarang.”

Tambah Arteta lagi.

“Saya yakin asas itu ada kerana orang seperti Arsene dan apa yang dia buat untuk kelab bola sepak ini. Ketika dia pergi, bukan semua benda ikut dia pergi. Masih banyak hal yang dia tinggalkan.”

“Saya fikir antara hal terbesar yang dia tinggalkan adalah cara bagaimana dia membangunkan dan menaikkan nilai kelab serta penghormatan yang diterima oleh kelab ini.”

“Saya yakin dia sungguh hebat dalam meyakinkan orang agar percaya dengan apa yang dia buat dan apa yang kelab cuba untuk lakukan.”

“Dia lakukan semua itu dengan cara yang sangat sempurna kerana dia memainkan permainan yang sangat menarik dan mampu untuk merekrut bakat-bakat hebat dan menggabungkan dari pelbagai generasi.”

“Dia beri kegembiraan yang tidak terhingga kepada dunia bola sepak, terutama sekali kepada para penyokong Arsenal.”

Gunners malam ini bakal beraksi bertemu Tottenham Hotspur, dengan mereka mempunyai rekod yang lebih baik berbanding seteru sebandar mereka itu.

Arsenal berjaya memenangi dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League, sementara Spurs mencatatkan kekalahan dari kedua-dua perlawanan terakhir mereka.

Arsenal berada di kedudukan ke-13 dalam carta liga, sementara Spurs di kedudukan ke-10 dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan tiga mata sahaja.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1441883116507906051?s=19

Derby kali ini tentu sangat menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan sedang dalam usaha untuk pamerkan yang terbaik dan mahu membuktikan kemampuan sebenar masing-masing.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN