Arteta Nafi Arsenal Seri Hanya Kerana Rumput

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menafikan yang pasukannya itu tidak berjaya memperoleh tiga mata ke atas Burnley adalah kerana rumput sahaja.

Tempoh hari di Turf Moor, Burnley menggunakan rumput yang panjang untuk menyukarkan Arsenal bermain corak permainan yang diterapkan oleh Arteta.

Akan tetapi, pengurus muda itu mengatakan ianya bukanlah satu isu besar untuk Burnley berbuat demikian.

“Semestinya, saya tidak basahkan rumput di padang latihan jadi saya sudah jangkakan ianya akan berlaku [rumput kering]”.

“Ianya merupakan permainan mereka [Burnley], mereka amat bagus lakukan apa yang mereka selalu buat.”

Pada hemat Arteta, Arsenal tidak lain daripada perlu mengadaptasi cara yang dilakukan pihak lawan lebih-lebih lagi apabila bertandang ke tempat mereka.

“Ianya merupakan kelebihan mereka, dan kita dibenarkan untuk berbuat demikian. Jadi kita perlu biasakan diri dengan perkara tersebut.”

Tempoh hari, Arsenal mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Burnley dan ianya terus menyukarkan proses mereka dalam misi untuk memanjat kedudukan liga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram