Arsene Wenger:”Terima Kasih Arsenal, Saya Akan Merindui Kamu Semua”

Arsene Wenger menyatakan yang beliau akan sentiasa merindui detik beliau di Arsenal dalam majlis perpisahan penuh emosi di hadapan penyokong Arsenal.

Arsenal memberikan perpisahan yang menggembirakan dalam perlawanan terakhir Wenger di Emirates. Arsenal menang 5-0 ke atas Burnley dan mempersembahkan Wenger dengan penghargaan replika trofi EPL emas.

Ia simbolik kepada kejayaan mereka menangi liga dengan rekod tanpa kalah (invincible) 2003/04.

Wenger diberikan penghargaan guard of honour. Wenger mengesahkan yang beliau akan pergi selepas tamat musim ini setelah mengendalikan Arsenal selama 22 tahun.

Wenger adalah pengurus terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal. Beliau berucap di hadapan penyokong Arsenal dengan memulakan ucapan dengan harapan agar rakan beliau Sir Alex Ferguson cepat sembuh.

“Terima kasih kepada anda semua yang sanggup bersama saya untuk tempoh yang agak lama. Saya tahu, ianya bukan mudah.”

“Tetapi, yang paling penting, saya adalah seperti anda semua, saya adalah penyokong Arsenal. Jadi, selepas ini saya akan menyaksikan Arsenal lebih daripada sekadar bola sepak. Ia adalah satu kehidupan.”

“Jadi, kita semua ambil berat tentang bola sepak yang cantik, nilai yang kita sorakan, itu adalah perkara yang mengalir dalam badan kita. Kita semua peduli, ambil berat dan sentiasa terdesak (untuk mendapatkan sesuatu).”

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang di dalam kelab ini yang membuatkan kelab ini istimewa.”

“Saya mahu mengajak anda semua terus menyokong pemain dan staf yang masih kekal di sini selepas saya pergi.”

“Pemain-pemain yang ada ini ada kualiti istimewa, di dalam dan di luar padang. Dan tolong, sokong pasukan ini berjuang pada musim hadapan kerana mereka berhak mendapatkannya.”

“Saya nak habiskan semua ini dengan satu terma ringkas. Terima kasih kerana menjadi sebahagian penting dalam hidup saya. Saya berharap akan jumpa anda lagi. Syabas dan selamat tinggal.”

Wenger dan Arsenal akan menamatkan musim ini dengan 2 lagi baki perlawanan di tempat lawan menentang Leicester City dan Huddersfield Town.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN