Arsene Wenger Menerangkan Maksud ‘Scanning’ Dan Kepentingannya Dalam Bola Sepak

Arsene Wenger antara pakar taktikal yang dikenali dengan pendekatan bola sepak moden yang fluid dan pantas. Kami tertarik dengan satu istilah yang beliau bawakan dalam bola sepak iaitu ‘scanning’ ataupun terjemahan langsungnya pengimbasan.

Menurut Wenger, pemain berkelas dunia dibezakan dengan pemain lain kerana kepala mereka seperti radar yang sentiasa bergerak. Mereka sentiasa mengimbas keadaan di sekeliling seperti komputer berdasarkan persepsi, pengalaman, dan juga untuk membuat langkah seterusnya iaitu membuat keputusan.

Scanning dan pembangunan bakat muda

Ramai pemain muda tidak ditekankan dengan konsep scanning di pusat latihan. Kita cuma hanya memberitahu mereka, sebelum bola sampai kamu perlu membuat keputusan untuk langkah seterusnya.

Namun dalam padang latihan, dan juga sesi taklimat taktikal dan teknikal, ramai jurulatih tidak membantu para pemain ini – terutama pemain muda. Mereka perlu diasah cara berfikir, terutama sekali sebelum menjejak ke usia 20-an.

Ada jurulatih menganggap ‘scanning’ ini adalah keupayaan semulajadi, dan tidak ada kaedah latihan khas untuk mereka. Ini silap!

Wenger berkata: “Masalah besar dalam bola sepak apabila kamu belajar perkara yang salah. Bola sepak sepatutnya diajar melalui proses: Pertamanya, eksekusi; kemudiannya, keputusan yang mahu diambil: dan ketiha adaah persepsi.”

“Saya hilang ramai pemain muda [bakat gagal menjadi pemain berkualiti], kerana kepala mereka hanya melihat bola dan tidak ‘melihat’ apa yang di sekitar mereka.”

“Pemain yang hebat, mereka mampu bekerja dengan memisahkan otak mereka dengan bola. Kepala mereka seperti radar.”

Wenger kemudian menyatakan apabila pemain tidak dilatih secara minda untuk melakukan scanning pada usia muda, mereka akan sukar dilentur apabila sudah beranjak dewasa.

“Apabila ada satu litar yang sudah mencetak data di dalam kepala mereka, sangat sukar untuk mengubah mereka selepas itu.”

“Namun saya tak galakkan kita membentuk otak [pemikiran] untuk mereka yang masih pada usia masih kanak-kanak. Ini kerana pada usia 5 – 12 tahun adalah tahun untuk para pemain belajar tentang penyudah [execution] yang betul.”

Proses menerima bola dan langkah seterusnya

Wenger menjelaskan: “Sebagai seorang pemain, setiap kali menerima bola, saya perlu untuk menganalisis, kemudian membuat keputusan dan akhir sekali melakukan penyudah [hantaran akhir ataupun percubaan akhir].”

“Persepsi akan memainkan peranan sangat besar dalam perkara ini. Saya bekerjasama dengan Universiti di Norway untuk mengenalpasti bagaimana cara untuk memperbaiki persepsi.”

“Jadi, saya membuat rumusan, ianya bergantung kepada bagaimana pemain menerima seberana banyak informasi sebelum menerima bola. Saya gelar itu sebagai ‘scanning’.”

“Saya [dalam projek kajian] telah memerhatikan apa yang pemain akan lakukan 10 saat sebelum bola sampai kepada mereka. Berapa kali mereka memasukkan informasi yang berkualiti ke dalam kepala mereka. Bergantung kepada posisi.”

“Berdasarkan kajian saya, saya mendapati pemain yang sangat bagus akan melakukan imbasan sebanyak 6-7 kali dalam masa 10 saat sebelum menerima bola.”

“Dan pemain yang normal akan melakukan sekali, tiga kali ataupun empat kali sahaja dalam masa tersebut. Setiap 1 ‘scanning’ itu memberikan perbezaan sangat besar.”

https://twitter.com/connect_coaches/status/1111925212067647488

Kualiti informasi daripada imbasan

Wenger kemudian menegaskan beliau faham, tidak semua pemain akan mampu melakukan 6-8 scanning dengan proses pemikiran dan penelitian informasi yang berkualiti.

Misalnya, pemain yang menganalisis informasi berkualiti akan mentafsir, isu ruang, gerakan tanpa bola daripada rakannya dalam masa beberapa saat, seterusnya, pilihan ke-2, ke-3 ketika pilihan pertama digagalkan – misalnya pemain penyerang ofsaid.

Pemain yang biasa pula mungkin hanya mengikut arahan untuk melakukan ‘scanning’ 6-8 kali tetapi informasi yang mereka tafsir adalah informasi yang tidak berkualiti. Ini hanya perbuatan sia-sia. Kerana kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Jadi, Wenger menyatakan untuk pemain yang jenis ‘biasa’ ini, beliau akan membantu mereka dengan meminta mereka untuk mengasah teknik ‘scanning’ mereka dengan perkara asas. Ini kerana, Wenger tidak mahu pemain lambat membuat keputusan akhir.

“Namun perkara yang lebih mustahak adalah pemain melakukan analisis kepada kualiti persepsi dan keputusan akhir yang akan mereka ambil.”

“Saya biasanya akan membantu pemain dengan memberitahu mereka untuk mengambil opsyen paling mudah setiap kali menerima bola.”

“Pemain harus melakukan imbasan dan membuat keputusan. Ketika proses membuat keputusan beliau harus mengambil keputusan terbaik. Ini bermaksud pemain perlu mempertimbangkan isu risiko dan juga progres bola tersebut.”

Analisis Dr. Geir Jordet

Arsene Wenger bekerjasama dengan Dr. Geir Jordet di Sekolah Sains Sukan Norway. Jordet memiliki tesis master dan juga pemegang PHD dalam subjek peranan dan visi [vision] dalam sukan.

Beliau juga pakar dalam kajian persespsi dan antispasi oleh atlet. Beliau menganalisis sekurang-kurangnya 250 pemain. Mengkaji apa yang mereka lakukan sebelum menerima bola.

Kajian beliau mendapati pemain seperti Steven Gerrard adalah sangat luar biasa dengan melakukan 0.61 carian (searches) dalam setiap saat. Namun Frank Lampard lebih baik dengan 0.62 carian dalam sesaat.

Buat masa ini, paling tinggi dalam kajian Dr. Geir Jordet ialah Xavi dengan 0.83 carian sesaat.

Menariknya pada 2011, Xavi pernah memberitahu wartawan: “Saya adalah pemain yang sentiasa mencari-cari di dalam padang.”

MADRID, SPAIN – APRIL 16: Xavi Hernandez (L) of Barcelona controls the ball besides Xabi Alonso of Real Madrid during the la Liga match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on April 16, 2011 in Madrid, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Jordet membahagikan 118 pemain tengah dan penyerang kepada 3 kumpulan kekerapan pengimbasan:

1. Pengimbas tinggi
2. Pengimbas medium
3. Pengimbas rendah

Pemain daripada kumpulan 1 (tinggi) melakukan purata 81% hantaran tepat berbanding hanya 64% untuk kumpulan 3 [rendah].

Kajian kedua pula, berdasarkan 55 pemain high scanner, mereka melakukan 75% hantaran ke hadapan yang tepat berbanding hanya 41% untuk yang jnis low scanners.

Jordet memberikan contoh, aksi Lampard menentang Blackburn 2009 sebagai aksi ‘scanning’ terbaik dalam fail kajian beiau. Lampard menoleh ke pelbagai sudut sebanyak 10 kali dalam masa 7 saat sebelum menerima bola.

Beliau kemudian memperdaya beberapa pemain dengan mudah kerana sudah ‘melihat’ apa tindakan yang akan dilakukan para pemain itu ketika proses ‘scanning’. Jordet menggelar aksi Lampard ini sebagai definisi kepada pemain yang ada deri ke-6.

Wartawan pernah menyatakan kajian Jordet kepada Lampard. Dan pemain itu menjawab: “Saya tidak pasti bagaimana saya melakukannya. Rasanya memang saya dikurniakan dengannya sejak lahir.”

Seorang pundit ketika itu memberikan respon kepada jawapan Lampard itu.

“Ini antara sebab kenapa pemain elit gagal untuk menjadi pundit yang baik. Kerana mereka tiada kemampuan untuk menjelaskan perkara seperti itu dalam ulasan. Kadangkala mereka juga tidak tahu menjelaskannya kerana mereka melakukannya dengan naluri.”

Tony Carr, pengurus akademi yang mengendalikan pembangunan bakat Lampard di West Ham memang sudah tahu akan keupayaan imaginasi dan ‘gambaran’ awal pemain itu di atas padang.

Carr berkata: “Perlawanan pertama Lampard untuk West Ham, ayahnya di tempat duduk dan menjerit sepanjang perlawanan ke arah Frank dengan menyebut: ‘Pictures, pictures’. Ayahnya mahu Lampard menggambarkan apa yang beliau lakukan ke atas bola – sebelum menerima bola itu.”

Frank Lampard Senior pernah memberitahu bahawa beliau tidak tahu bahawa apa yang dilakukan Lampard itu digelar ‘scanning’. Sebaliknya beliau yakin ianya membawa maksud yang sama dengan apa yang beliau mahu Frank Lampard lakukan. Cuma berbeza frasa.

Bekas jurulatih Paul Scholes untuk Manchester United B-18, mendedahkan pemain itu sentiasa melakukan ‘scanning’ sebelum menerima bola. Itu memainkan peranan sangat penting dalam karier Scholes. Mereka juga menyatakan David Beckham juga dibekalkan dengan latihan tambahan untuk membantu mereka melakukan ‘scanning’.

From left – Manchester United’s Paul Scholes, Louis Saha and Ruud Van Nistelrooy show their dejection at missing out on the quarter finals after their team’s 1-1 draw against FC Porto in the UEFA Champions League match at Old Trafford, Manchester. THIS PICTURE CAN ONLY BE USED WITHIN THE CONTEXT OF AN EDITORIAL FEATURE. NO WEBSITE/INTERNET USE UNLESS SITE IS REGISTERED WITH FOOTBALL ASSOCIATION PREMIER LEAGUE. (Photo by Martin Rickett – PA Images/PA Images via Getty Images)

Mereka pemain yang tidak ada skil pantas namun ‘scanning’ ini membuatkan mereka bertindak segera sebelum tekanan lawan tiba.

Lihat contoh ‘scanning’ oleh pemain seperti Fabregas, dan Busquet di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN