Arsene Wenger Jumpa Bayern Munich Minggu Hadapan

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan memulakan perbincangan dengan Bayern Munich pada minggu hadapan mengenai kekosongan jawatan pengurus di kelab Bundesliga itu.

Jurulatih berusia 70 tahun tersebut menjelaskan rancangan beliau ketika bercakap kepada Bein Sports, dan berkata akan bertemu dengan pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge untuk kemungkinan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Niko Kovac.

Komen oleh Wenger itu tiba selepas Rummenigge sendiri berkata khdimat Wenger tidak diperlukan di kelab Bavarian tersebut.

“Kami akan mengambil keputusan bersama selepas berbincang pada minggu hadapan kerana saya akan berada di Doha sehingga Ahad. Inilah cerita sebenarnya,” kata Wenger.

“Pada tengah hari Rabu Rummenigge menelefon saya. Saya tidak boleh menjawab dan saya membalas panggilan tersebut selepas itu.

“Beliau berada di dalam kenderaan menuju ke perlawanan  [Bayern Munich] menentang Olympiakos.

“Rummenigge bertanua jika saya berminat kerana mereka sedang mencari jurulatih bahari. Saya berkata saya tidak terfikirkan perkara itu – dan saya perlukan masa berbuat demikian.”

Wenger bergelar pengurus Arsenal selama 22 tahun, membantu kelab London itu bergelar juara Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali, dan kejuaraan Piala FA sebanyak tujuh kali sebelum meninggalkan The Gunners pada penghujung musim 2017/18.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram