Arsene Wenger: Eden Hazard Tidak Mampu Gantikan Cristiano Ronaldo

Hazard

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan bahawa Eden Hazard akan memainkan peranan penting buat Real Madrid tetapi masih tidak mampu untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.

Hazard yang mula membuka akaun jaringannya ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 4-2 tempoh hari masih belum berupaya memperagakan aksi terbaiknya seperti bersama Chelsea.

”Dia [Eden Hazard] akan menjadi jawapan [kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo] tetapi bukan untuk menggantikan Ronaldo, itu sudah pasti.”

”Dia tidak akan menjaringkan 50 gol setahun kerana ketika ini itulah cara bagaimana mereka bermain bola sepak.”

”Mereka memerlukan penjaring gol yang lain di Real Madrid kerana [Karim] Benzema sudah berusia 32 tahun dan sekiranya mereka mempunyai pemain muda yang mampu menjaringkan gol, mungkin mereka dapat melakukannya dengan baik.”

”Eden Hazard merupakan pemain yang luar biasa dalam mencipta peluang dan kadangkala memanfaatkan sekiranya diperlukan dalam perlawanan besar.”

”Dia tidak takut pada sesiapa sahaja – Saya tidak fikir Real telah menemui Hazard yang sebenar, fizikalnya masih tidak berada pada tahap sebenar. Kerana itulah saya percaya mereka akan menemui Hazard yang sebenar.”

Eden Hazard merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi Real Madrid pada musim panas lalu apabila menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai €100 juta sekaligus meninggalkan Chelsea yang diwakilinya sejak musim 2012/13.

Kredit foto: Evening Standard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN