Arsene Wenger ‘Ajar’ Arteta Cara Untuk Guna Pemain Seperti Mesut Ozil

Arsene Wenger Mesut Ozil

Sebelum ini, pengendali Arsenal, Mikel Arteta ada berkata yang sukar buat pemain tengah, Mesut Ozil untuk kembali ke dalam skuad Arsenal yang dibentuknya ketika ini, namun Arsene Wenger muncul ‘mengajar’ Arteta bagaimana untuk guna pemain itu.

Bekas pengendali Arsenal di musim kegemilangan mereka itu mungkin kecewa dengan cara The Gunners menyisihkan pemain asal Jerman itu sejak dua musim kebelakangan ini. Mana taknya, beliau yang membawa masuk pemain itu tujuh tahun lalu.

Ia dua musim yang sukar buat Ozil sejak bekas pengendali, Unai Emery sehinggalah kepada Arteta, tiada tempatnya di dalam skuad Arsenal waima di bangku simpanan. Timbul persoalan daripada banyak pihak mengenai keputusan yang dibuat Arteta itu.

Adakah benar Ozil adalah pemain yang ‘malas’ seperti yang dilabel oleh lagenda Arsenal, Ian Wright? Jika benar, mengapa pada satu masa dahulu beliau merupakan arkitek terbaik dalam generasinya. Mungkinkah peredaran zaman ‘menyisihkannya’?

Arteta sendiri ketika penghujung musim lalu menjawab kepada soalan media, beliau sedang mencari pemain tengah yang kreatif. Adakah Ozil tidak cukup kreatif baginya? Ataupun kekurangannya daripada segi bertahan menyebabkan beliau tersisih?

Pelbagai persoalan timbul sehingga ada yang mengaitkan dengan pendirian pemain tersebut mengenai isu muslim Uighur, pemotongan gaji dan menentang pemecatan maskot pasukan, Gunnersaurus tempohari. Segalanya dilihat melawan arus.

Bercakap kepada Der Spiegel Wenger berkata bekas pemain skuad kebangsaan Jerman itu masih efektif jika tahu menggunakannya. Katanya, “Ozil memang bukan pemain yang berdisiplin [secara taktikal terutama ketika bertahan] di atas padang.”

“Dan gaya permainan tanpa bola bukanlah kekuatan utamanya. Namun kamu boleh menyelesaikan perkara itu dengan meletakkan pemain tambahan yang bermain lebih defensif untuk menyokong di sebelahnya,” ujar Wenger lagi mengenai Ozil.

Tentunya beliau lebih memahami gaya permainan pemain yang dibawanya masuk dahulu. Dan melihatkan cara Arsenal mengendalikan pemain itu sejak kebelakangan ini mengundang komentarnya selepas keluar pelbagai persepsi terhadap Ozil.

“Ianya bukan satu kebetulan perancang seperti Ozil sangat tenang apabila ada bola di kakinya. Mereka adalah pemain yang mencerna lebih informasi berbanding pemain lain sebelum mengambil langkah seterusnya dalam permainan,” tambahnya.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Arsene Wenger dan Mesut Ozil:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply