Arsene Wenger: “Hanya Ada 1 Pasukan Sahaja Di London Ini!”

Kerjasama Semuanya BOLA

Walaupun aksi bola sepak kelab tidak ada untuk 2 minggu ini, namun cerita mengenai bola sepak kelab tetap ada.

Ia melibatkan Arsenal, lebih tepat mengenai Alexis Sanchez.

Tempoh hari, Alexis Sanchez  melaporkan mahu beraksi bersama pasukan yang berpengkalan di London.

Pasukan yang mana? Arsenal? Chelsea? Tottenham Hotspur? Fulham? Atau Queens Park Rangers?

Menurut Sanchez, beliau mahu terus beraksi bersama pasukan yang berpengkalan di London tetapi pasukan London yang mempunyai ciri-ciri “pasukan juara”.

1 London

Kenyataan yang diberikan oleh Sanchez itu ternyata menimbulkan spekulasi terhadap bintang Chile itu.

Hal ini kerana, ia menguatkan lagi dakwaan ketika ini yang pemain tersebut mahu berhijrah ke pasukan London yang lain iaitu Chelsea.

Namun begitu, Wenger telah pun berikan maklum balas beliau mengenai spekulasi yang menjadi tumpuan ketika ini.

Bagi Wenger, komen yang diberikan oleh Sanchez merupakan tanda yang beliau mahu terus kekal di Arsenal.

“Apa yang dikatakan oleh Sanchez itu menandakan beliau mahu kekal di Arsenal.”

Wenger juga berkata di London hanya terdapat 1 pasukan sahaja yang bertakhta di hati Sanchez.

“Di London hanya ada 1 pasukan sahaja iaitu pasukan Arsenal,” seloroh Wenger.

“Jadi saya boleh katakan yang Sanchez dengan gembiranya mahu terus kekal di Arsenal.”

Kontrak Sanchez akan berakhir pada tahun 2018 dengan masih tiada lagi perkembangan terbaharu mengenai pembaharuan kontrak pemain antarabangsa Chile itu.

Wenger juga dalam pada itu menegaskan Arsenal tidak lagi akan menjual pemain terbaik mereka seperti yang dilakukan mereka sebelum ini.

Baca juga: Paolo Maldini: “Pertahanan Sekarang Semakin Hilang Karakter Bertahan”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram