Wenger: “Kami Korbankan £60-70 Juta Hanya Untuk Kekalkan Sanchez”

Arsene Wenger memberitahu media yang Arsenal akan berbelanja sangat besar untuk mengekalkan Alexis Sanchez di kelab tersebut.

Alexis Sanchez dalam musim terakhir pada kontrak semasa beliau di Arsenal. Sebelum ini Arsenal menolak bidaan sekitar £60 juta daripada Manchester City untuk pemain sensasi Chile itu.

Laporan media juga menyebut yang Arsenal mempertimbangkan untuk menjual Sanchez tetapi mereka gagal untuk mendapatkan Lemar.

Bercakap kepada BeIN Sport bahawa mereka akan datang sekali lagi untuk mendapatkan Thomas Lemar pada Januari 2018. Dalam situasi pemain yang di dalam fasa kontrak hampir berakhir, Wenger menegaskan kelab perlu membuat keputusan.

Sama ada untuk menjual mereka ataupun mengekalkan mereka. Arsene Wenger berkata:

“Sanchez dalam kontrak akhir dengan Arsenal dan anda harus mengorbankan potensi duit masuk sekitar £60-£70 juta.”

“Jadi, itu harga yang sangat tinggi. Dalam satu peringkat anda harus membuat keputusan dan terpaksa mengorbankan seorang dua pemain.”

Arsenal menjual Alex Oxlade-Chamberlain ke Liverpool dengan harga mencecah £40 juta termasuk bonus. Ini untuk mengelakkan pemain itu meninggalkan kelab secara percuma selepas Chamberlain menolak untuk melanjutkan kontrak.

Wenger juga faham akan situasi semasa di mana pemain akan melengah-lengahkan untuk melanjutkan kontrak untuk mendapatkan gaji yang tinggi dalam kontrak baru.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

“Di England, kita ada 107 pemain yang sekarang ini berada di tahun akhir kontrak mereka. Ada 2 perkara kenapa hal ini berlaku.”

“Pertamanya, pemain meminta gaji yang lebih tinggi kerana inflasi yang sedang berlaku.”

“Kedua ialah kerana pasaran perpindahan pemain telah meningkat mendadak. Kelab tidak sanggup membayar jumlah yang sangat tinggi untuk pemain yang bagus. Jumlah harga pemain memang terputus daripada realiti.”

Wenger memberikan contoh bagaimana Barcelona membayar €150 juta untuk Ousmane Dembele selepas Dortmund hanya membayar €15 juta untuk pemain tersebut setahun sebelumnya.

“Tidak kira betapa bagusnya anda di dalam padang. Anda tidak mampu mencipta pemain daripada €15 juta kepada €150 juta.”

“Pengiraan dalam perlaburan dan keuntungan telah hilang. Kini soal utama adalah; anda mampu membeli ataupun tidak?”

Kini fokus Arsenal adalah untuk meyakinkan Alexis Sanchez untuk melanjutkan kontrak di Arsenal selepas ini. Berdasarkan kenyataan Wenger, Arsenal bersedia untuk memberikan Sanchez gaji bonanza.

Sumber

ESPN – http://www.espnfc.com/arsenal/story/3197974/arsene-wenger-arsenal-will-have-to-spend-70m-on-replacing-alexis-sanchez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN