Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard

Martin Odegaard Real Madrid

Selepas melepaskan Mesut Ozil yang semakin hampir pasti ke Fenerbache, Arsenal menumpukan pencarian mereka untuk mendapatkan perancang baharu.

Sasarannya adalah pemain Real Madrid, Martin Odegaard yang sebelum ini pernah dipinjamkan ke Real Sociedad.

Menurut BBC Sport, Real Madrid dilihat sebagai satu destinasi yang baik untuk Odegaard yang mahu dilepaskan oleh Real Madrid.

Hal ini kerana, Real berasakan yang Arsenal mempunyai corak permainan yang sesuai dengan pemain muda itu dan dengan kekurangan perancang dalam pasukan, pastinya Odegaard akan kerap diturunkan.

Odegaard pada mulanya mahu dipinjamkan semula ke Sociedad, akan tetapi Real tidak mahu berbuat demikian kerana perpindahan itu pastinya akan memberikan kelebihan kepada pasukan itu.

Pada hemat Real, jika mereka meminjamkan lagi Odegaard kepada Sociedad ianya akan menguatkan pasukan itu yang kini turut sudah mempunyai David Silva.

Odeegard pada hakikatnya lebih mahu ke Sociedad kerana sudah biasa beraksi dengan pasukan itu, namun segalanya terpulang kepada keputusan kelabnya juga.

Arsenal dilihat calon terbaik untuk Odegaard, sungguhpun ada beberapa pasukan Premier League lain yang berminat dengannya.

Baca juga artikel kami mengenai Martin Odegaard:

Sesi ‘Pembelajaran’ Dah Tamat, Martin Odegaard Kembali Ke Real Madrid (semuanyabola.com)

Martin Odegaard Sertai Real Sociedad Secara Pinjaman Dari Real Madrid (semuanyabola.com)

Ancelotti Dedah Pembelian Martin Odegaard Hanya Lagak Publisiti Real Madrid (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN