Kane: “Kecewa Dibuang Arsenal, Jadi Motivasi Saya Jaringkan 100 Gol EPL Hari Ini”

Harry Kane percaya, pada hari beliau dibuang oleh Arsenal ketika masih kecil, itulah permulaan beliau mahu membutikan sesuatu di dalam karer beliau.

Harry Kane menjaringkan gol EPL ke-100 ketika menentang Liverpool di Anfield. Perlawanan berakhir 2-2. Harry Kane sudah pun menjadi penjaring liga terbanyak dalam sejarah Spurs. Musim ini Harry Kane sudah menjaringkan 22 gol dalam EPL setakat ini.

Harry Kane menceritaka yang beliau pernah dibuang oleh Arsenal ketika masih kecil. Itulah yang membuatkan beliau gigih mencari kejayaan di tempat lain.

Kane menghangatkan suasana perseteruan 2 kelab tersebut yang akan bertemu pada Sabtu ini. Beliau berkata:

“Selepas disingkirkan Arsenal, saya agak kecewa dan kembali ke kawasan tempat tinggal saya. Kemudian saya bermain dengan pasukan tempatan di situ.”

“Pada suatu hari, ada pemantau bakat telah menghampiri saya dan membawa saya ke Watford untuk menjalani sesi percubaan.”

“Agak kelakar kerana Spurs menawarkan saya tempat di akademi mereka selepas saya bermain untuk Watford menentang Tottenham.”

“Kemudian saya rasakan, jersi putih lebih sesuai untuk saya. Saya sentiasa mahu membuktikan sesuatu setiap kali berhadapan dengan Arsenal. Saya agak kecewa. Mereka singkirkan saya ketika saya baru berusia 8 tahun.”

“Jadi, setiap kali saya berhadapan dengan Arsenal, saya akan berkata kepada diri sendiri, kita akan tengok, siapa yang betul siapa yang salah.”

“Namun hari ini, apabila mengimbas kembali, rasanya itu antara perkara terbaik pernah berlaku kepada saya. Ini kerana ia telah memacu karier saya lebih baik daripada apa yang saya pernah lalui.”

13th January 2018, Wembley Stadium, London England; EPL Premier League football, Tottenham Hotspur versus Everton; Harry Kane of Tottenham Hotspur celebrates with Eric Dier and Son Heung-Min after he scores making it 3-0 (Photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

“Saya agak bimbnag ketika dipinjamkan keluar oleh Spurs selama 2 musim di kelab divisyen lebih rendah. Saya mulai bertanya, adakah saya akan berpeluang untuk menjaringkan gol di EPL?

“Detik paling teruk dalam karier saya adalah ketika di Leicester City. Saya tak mampu untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama sekalipun.”

“Selepas itu, saya kembali ke Spurs. Saya berterima kasih kerana pengurus ketika itu Andre Villas-Boas memberikan peluang untuk saya menjelaskan kepada beliau tentang keinginan saya.”

“Beliau kemudian memberitahu saya yang beliau mahu pinjamkan saya keluar. Saya berterus terang dengan beliau memberitahu yang impian saya adalah untuk bermain di EPL untuk Spurs.”

“Tanpa sedar saya telah berkata, saya akan buktikan kepada anda yang saya layak berada dalam kesebelasan utama pasukan.”

“Namun setiap Jumaat saya menanti, masih juga saya tidak diumumkan dalam pasukan utama. Tak mengapa, saya tetap mahu kekal di sini.”

“Beliau kemudian mengarahkan saya berlatih dengan pasukan utama. Itu telah menjadi detik permulaan kepada keyakinan saya. Itulah hari saya mula melihat impian saya ketika kecil kini berada di depan mata cuma saya masih perlu berusaha untuk menggapainya.”

“Namun dalam hidup, tiada apa yang datang ke sendiri ke tangan anda bukan? Anda harus cuba menggapainya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN