Arsenal Hampir Pasti Tewaskan Tottenham Untuk Dapatkan Saliba & Ceballos

Tak banyak yang boleh dibanggakan oleh penyokong Arsenal apabila bercakap mengenai urusan perpindahan pemain kelab mereka ketika ini. Tetapi menurut laporan David Ornstein, semua itu bakal berubah apabila Arsenal nampak hampir pasti akan menewaskan Tottenham Hotspur dalam persaingan menandatangani William Saliba dan Dani Ceballos.

David Ornstein, wartawan BBC Sports News yang juga merupakan sumber paling dipercayai untuk sebarang berita mengenai Arsenal, turut mengesahkan Arsenal masih meneruskan usaha mereka untuk menandatangani bek kiri Celtic, Kieran Tierney.

Arsenal yang sebelum ini tidak berdepan dengan sebarang persaingan ketika berunding harga yuran perpindahan William Saliba dengan AS Saint-Etienne, tiba-tiba diancam oleh musuh tradisi mereka, Tottenham pada saat-saat terakhir.

Difahamkan Arsenal dan Tottenham kedua-duanya menawarkan £27 juta dan klausa tambahan lain untuk Saliba, yang diterima baik oleh AS Saint-Etienne. Bagaimanapun Tottenham menawarkan pakej kontrak yang lebih lumayan berbanding Arsenal. Tetapi menurut Ornstein, Saliba masih tetap akan memilih Arsenal yang sudah lama menunjukkan minat terhadapnya.

William Saliba of Saint Etienne during the french ligue 1 match between Saint Etienne and Bordeaux at Stade Geoffroy-Guichard on April 14, 2019 in Saint-Etienne, France. (Photo by Romain Biard/Icon Sport via Getty Images)

Jika urusan perpindahan pertahanan tengah muda berusia 18 tahun ini berjaya, beliau dijangka akan terus kekal di AS Saint-Etienne secara pinjaman selama semusim sebelum berhijrah ke Emirates Stadium pada Jun 2020.

Dalam perkembangan seterusnya, Tottenham nampak akan mengalah dalam buruan mereka untuk mendapatkan Dani Ceballos secara pinjaman selepas Real Madrid berkeras tidak mahu meletakkan klausa ‘option to buy’ dalam kontrak.

Arsenal adalah satu-satunya kelab yang boleh menerima syarat Real Madrid itu, sekaligus menjadikan mereka pilihan untuk menandatangani pemain tengah berusia 22 tahun itu.

MADRID, SPAIN – MARCH 31: Dani Ceballos of Real Madrid during the La Liga Santander match between Real Madrid v SD Huesca at the Santiago Bernabeu on March 31, 2019 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini, Arsenal masih berusaha untuk mendapatkan bek kiri, Kieran Tierney selepas sah membida £25 juta – harga minimum yang diletakkan oleh Celtic.

Bagaimanapun sumber media di Scotland melaporkan Celtic masih belum berpuas hati dengan tawaran Arsenal itu kerana struktur bidaan Arsenal lebih berkisarkan bonus, bukannya wang tunai. Ornstein bagaimanapun mengesahkan Arsenal masih belum berputus asa untuk berunding dengan Celtic.

Dalam pada itu, pengurus Celtic, Neil Lennon menegaskan Arsenal akan mendapat bek kiri berkualiti ‘pada harga murah’ jika harga £25 juta Tierney berjaya dipatuhi. “Kieran [Tierney] mempunyai kualiti setaraf dengan pemain-pemain berkualiti yang kami lepaskan kepada Premier League seperti [Virgil} van Dijk, Victor Wanyama, Fraser Forster, Gary Hooper, Moussa Dembele,” kata Lennon.

“Tapi Tierney ada harganya. Jika anda lihat bagaimana Aaron Wan-Bissaka pergi dengan harga £50 juta, harga Tierney sebenarnya sangat murah,” tambah pengurus Celtic berusia 48 tahun itu.

GLASGOW, SCOTLAND – MAY 19: Kieran Tierney of Celtic with the League Trophy during the Ladbrokes Scottish Premiership match between Celtic FC and Heart of Midlothian FC at Celtic Park on May 19, 2019 in Glasgow, Scotland. (Photo by Mark Runnacles/Getty Images)

Ketika ini, Arsenal hanya baru menandatangani Gabriel Martinelli sebagai pemain baru mereka pada jendela perpindahan musim panas. Mereka masih perlu mengisi kelompongan kualiti di bahagian pertahanan tengah (jika Laurent Koscielny keluar) dan sayap.

Wilfried Zaha, Everton Soares, Malcolm dan Nicolas Pepe semuanya dikaitkan dengan Arsenal – tetapi kekangan bajet perpindahan yang kecil (£45 juta) menyukarkan usaha mereka mendapatkan salah seorang daripada mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN