Arsenal Gagal Bersaing Akibat Kelemahan Ketika Membeli Pemain

Arsenal

Musim ini, Arsenal dilihat tidak memberikan saingan sengit kepada gelaran Premier League mahupun kedudukan untuk layak ke UEFA Champions League (UCL).

Bagi penganalisiis Sky Sports, Charlie Nicholas, beliau berpendapat merudumnya Arsenal di atas padang adalah kerana kelemahan kelab itu sendiri ketika berada di jendela perpindahan pemain.

Pada hemat Nicholas, semua ini adalah berpunca dari kegagalan pengurusan kelab itu sendiri yang sering tidak mendapatkan potensi penuh pemain tersebut dan menjualnya sebelum tiba masanya.

“Sejak bertahun-tahun dari era Arsene Wenger lagi, kelab ini menjual pemain utama seperti Patrick Vieira, Thierry Henry dan majoriti pemain utama kelab.”

“Tiada masalah kalau kita nak buat perubahan, tetapi untuk menjualnya pada waktu yang agak muda dan ianya menyebabkan kita tidak memperoleh potensi sebenar mereka.”

Malah Nicholas juga berkata Arsenal sering membayar harga yang mahal untuk pemain yang tidak memberikan prestasi yang diharapkan.

“Kelab ini ada masalah dalam mendapatkan pemain dan selepas itu mereka membayar harga yang besar untuk Shokran Mustafi yang jelas tidak beraksi baik.”

“Mereka sering membeli pemain yang salah dan kini pasukan ini tidak lagi menjadi ancaman kepada persaingan merebut Premier League atau UCL.”

Situasi itu tersebut berterusan apabila Arsenal sering melepaskan pemain mereka dengan percuma seperti Robin Van Persie dan juga Aaron Ramsey.

“Mereka sudah ada masalah ini untuk tempoh yang lama, kelab melepaskan Aaron Ramsey dengan percuma pada usia 28 tahun dan apa yang kelab dapat adalah sifar.”

Buat masa sekarang, Arsenal sekali lagi teruji dengan situasi yang sama oleh Van Persie dan Ramsey apabila Pierre-Emerick Aubameyang dijangka akan meninggalkan kelab itu dengan percuma.

Dan pada Nicholas, jika Aubameyang mahu pergi beliau pastinya akan ke kelab yang bermain UCL.

“Pengurusan teratas sudah buat kesilapan. Jika Pierre-Emerick Aubameyang pergi dari kelab, beliau mahu ke kelab yang boleh berikan dirinya piala.”

“Situasi ini sama ketika ianya melibatkan Robin Van Persie, ianya bukan kerana isu identiti tetapi lebih kepada masalah dalam melakukan keputusan dan pihak teratas kelab perlu mengatasinya.”

Baca juga artikel kami mengenai Arsenal:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply