Arsenal Dilihat Hampir Pasti Kekalkan Aubameyang Di Emirates

Iklan

Aubameyang Arsenal

Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang mungkin akan kekal di Emirates untuk sekurang-kurangnya tiga musim sekiranya mencapai kata sepakat.

Memetik kenyataan pengendali, Mikel Arteta di The Guardian, “Saya sentiasa positif, ia merupakan satu proses perbincangan yang baik bersamanya dan ejennya. Saya sangat yakin, kami akan mencapai kesepakatan dalam masa terdekat.”

Aubameyang penting untuk musim depan

“Saya rasa dia akan gembira jika dia dapat kekal di kelab ini untuk satu tempoh yang lebih lama. Saya juga yakin, semua akan gembira dengan berita tersebut,” tambah Arteta lagi mengenai status kontrak penyerang kelahiran Gabon itu lagi.

Aubameyang sudah menghampiri penghujung kontraknya pada Jun depan dan dilihat sudah agak lama melalui proses perbincangan mengenai kontrak baharunya.

Sebelum ini, pemain baharu The Gunners, Willian berkata yang Aubameyang sangat penting untuk dikekalkan jika mereka mahu merancang untuk mencabar kejuaraan. “Pierre [Aubameyang] adalah sebahagian besar daripada perancangan tersebut.”

“Dia adalah penyerang yang mampu meledak 25 hingga 30 gol semusim dan kita perlu kekalkan pemain sepertinya. Dia merupakan antara pemain terbaik di dalam pasukan dan seseorang yang saya mahu cipta peluang buatnya,” tambahnya lagi.

Akan umum minggu depan

Menurut ciapan wartawan tersohor, Fabrizio Romano di Twitternya, perbincangan antara Aubameyang dan Arsenal sudah hampir selesai. Tulisnya, “Perjanjian sudah hampir dimuktamadkan dan ianya akan diumumkan pada minggu hadapan.”

Menurut Arteta lagi, ianya tidak dapat diumumkan selagi belum selesai. Namun, beliau masih positif penyerang berusia 31 tahun itu akan kekal di Arsenal.

Difahamkan kontrak baharu Aubameyang bernilai £250,000 seminggu untuk tempoh tiga tahun. Ia mungkin menepati apa yang dimahukan olehnya iaitu gaji setanding pemain tengah, Mesut Ozil yang setakat ini diberitakan akan kekal di Emirates.

“Dia adalah pemain yang telah dipantau lama oleh kami dan diharapkan segalanya akan diselesaikan. Adakalanya di fasa akhir [perbincangan], ia tidak semudah yang kita lihat, tetapi sekali lagi saya tekankan, kami positif mengenainya.” jelas Arteta.

Penutup

Sekiranya Aubameyang memilih untuk melanjutkan kontraknya di Arsenal, itu menandakan beliau berpuas hati dengan apa yang dilihatnya setakat ini. Samaada soal gaji atau tentang kemasukkan pemain baharu, ia sangat penting untuk dirinya.

Kedua-duanya menentukan masa depannya bersama juara Piala FA itu. Sebagai pemain utama, gajinya mestilah setanding sumbangannya dan pemain baharu mestilah yang berkaliber untuk mengukuhkan kekusutan pasukan musim lalu.

KREDIT FEATURED IMAGE: DIARIO AS

Baca lagi artikel mengenai Aubameyang dan Arsenal:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram