Arsenal Dijangka Jadi Mangsa Pertama Ledakan Berbisa Romelu Lukaku

Romelu Lukaku

Selepas pedih disengat oleh Brentford dalam saingan pembuka liga, Arsenal kini dijangka bakal ditimpa dengan ledakan berbisa Romelu Lukaku selepas ini.

Hal ini kerana, Chelsea akan menurunkan ayam tambatan yang direkrut semula oleh mereka itu apabila bertandang ke Emirates pada 22 Ogos ini.

Menurut pengurus Chelsea, Thoma Tuchel, walaupun sudah berjaya mendapatkan Lukaku, mereka tidak boleh menurunkan pemain itu dalam aksi pertama liga menentang Crystal Palace.

Ianya disebabkan Lukaku masih lagi menjalani kuarantin wajib selepas baru tiba dari England.

“Romelu Lukaku masih lagi menjalani tempoh kuarantin sedang mengikut protokol.”

“Beliau boleh menyertai pasukan pada Isnin dan melakukan latihan penuh bersama kami pada minggu depan. Perancangannya adalah untuk menurunkan beliau dalam perlawanan menentang Arsenal,” kata Tuchel menerusi Goal.

Demi memenuhi keperluan kerajaan United Kingdom yang melaksanakan kuarantin wajib, Lukaku terpaksa mengharunginya.

Pada hemat Tuchel, jika semuanya boleh diselesaikan dengan pantas adalah lebih kerana ia akan memuaskan hati semua pihak.

“Kami selalu cuba lakukan yang sepantasnya kerana itu lebih baik.”

“Lebih awal lebih bagus, kerana setiap perlawanan itu amat bermakna dan kami akan gembira dengan situasi itu.”

Lukaku menyertai semula Chelsea dari Inter Milan dengan nilai perpindahan £98 juta selepas mengharungi kempen gemilang di Itali dengan menjulang gelaran Serie A.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply