Arsenal Digesa Cari Pertahanan Sehebat Van Dijk

Virgil Van Dijk Arsenal

Bekas pemain Arsenal, Sol Campbell menggesa kelab tersebut untuk memperbaik barisan pertahanan mereka sekiranya untuk terus kekal kompetitif bersama-sama pasukan utama lain.

Beliau mengatakan dengan peningkatan dilakukan di bahagian pertahanan, ianya mampu memberikan peluang yang lebih besar buat The Gunners dalam usaha menjuarai liga.

Menurut sumber Goal, beliau mengatakan Arsenal perlu mencari pertahanan sebagus Virgil Van Dijk untuk membolehkan mereka terus bersaing.

“Jika mereka boleh membayar harga yang mahal untuk pemain serangan seperti Nicolas Pepe, tetapi mereka kena sedar yang kadang kala mereka perlu lakukan sesuatu untuk terus kejar pesaing mereka.”

“Kena ingat satu perkara, bila bayar harga tinggi untuk pemain serangan, jangan pandang rendah pemain pertahanan berkualiti tinggi yang boleh jaga bahagian belakang dengan baik.”

“Lihat saja Liverpool membeli Virgil Van Dijk. Pada saya, boleh ke kita saksikan The Gunners membeli pertahanan dengan harga semahal itu?”

Tambah Campbell lagi, pemain yang bagus adakalanya memang hadir dengan harga yang tinggi jadi The Gunners perlu berbelanja besar untuk menguatkan pertahanan.

Jelas sekali apa yang dinyatakan oleh Campbell memberikan isyarat yang beliau masih lagi kisahkan mengenai bekas pasukannya itu.

Lebih-lebih lagi apabila beliau adalah sebahagian daripada skuad terakhir The Gunners yang menjuarai liga pada 2004 dengan mencatatkan rekod tanpa kalah dalam saingan Premier League.

Seperti Malaysia yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Arsenal juga berada di dalam fasa pemulihan prestasi mereka di atas padang dibawah kendalian Mikel Arteta selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers.

Ianya merupakan kemenangan ketiga di tempat lawan sejak bola sepak kembali disambung semula di England.

Baca juga artikel kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN