Arsenal Bawa Sven Mislintat, Perbaiki Struktur Pemantau Bakat

Selepas pengunduran ketua pemantau bakat, Steve Rowley, Arsenal telah mengumumkan ketua pemantau bakat baharu mereka iaitu Sven Mislintat, yang sebelum ini berkhidmat di Borussia Dortmund, malam tadi.

Rowley telah dilantik ke jawatan tersebut oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger pada 1996 dan sangat dihormati di Emirates serta peringkat yang lebih tinggi.

Sven Mislintat. Foto: Getty Images

Pelantikan Mislintat selaras dengan janji yang dibuat oleh ketua eksekutif, Ivan Gazidis mengenai perubahan yang akan dibuat untuk urus tadbir pasukan selepas pengurus, Arsene Wenger menandatangani kontrak lanjutan.

Walaupun sudah berundur dari jawatan tersebut, Rowley akan tetap bersama The Gunners dan peranannya kini akan lebih kepada memberi nasihat dan rundingan kepada kelab.

“Kami sangat gembira Sven telah menyertai kami,” ujar Wenger menerusi laman sesawang rasmi kelab dan turut menyatakan Mislintat memiliki rekod yang sangat mengagumkan ketika di Dortmund.

Mislintat adalah insan yang bertanggungjawab membawa Robert Lewandowski, Shinji Kagawa, Pierre-Emerick Aubameyang dan Ousmane Dembele ke Westfalenstadion.

Shinji Kagawa. Foto: Getty Images

Dia yang mendapat julukan ‘Mata Berlian’ itu bakal memulakan khidmatnya Disember ini dan akan bekerjasama Wenger serta Gazidis untuk mengenalpasti pemain berpotensi untuk ditandatangani.

Mislintat yang telah berkhidmat hampir sedekad di Dortmund akan mengetuai bahagian pemantauan bakat dan pihak pengurusan Arsenal berharap dia dapat membawa pendekatan yang berbeza.

“Mengenalpasti dan mengembangkan bakat adalah teras utama falsafah kami dan Sven memiliki rekod yang mengagumkan,” ujar Wenger lagi.

Mislintat sudah biasa bekerja dengan bajet yang sederhana sepanjang berada di Dortmund dan dia pernah berulang kali dikaitkan dengan perpindahan ke musuh Dortmund, Bayern Munich selaku Pengarah Teknikal.

Dortmund pernah satu ketika tidak memiliki dana yang besar untuk menandatangani pemain baharu dan sangat bergantung dengan pencari bakat untuk membawa pemain baharu yang sesuai.

Dan ketika itulah, Mislintat menyinar apabila dia telah membawa masuk pemain muda berbakat daripada Jepun, Shinji Kagawa daripada Cerezo Osaka.

Mislintat juga mengakui yang Kagawa adalah kunci kepada kejayaannya dalam kariernya selaku pencari bakat. Kagawa telah menyertai Dortmund dengan nilai perpindahan yang rendah tetapi telah menyinar di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN