Arsenal Bakal Turunkan Skuad Terhebat Bertemu Norwich

Arsenal bakal menurunkan skuad terhebat yang mereka miliki ketika aksi pertemuan bertemu Norwich City dalam saingan Premier League minggu ini.

The Gunners berharap agar mereka bakal menggunakan kesebelasan terbaik yang mereka miliki, dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata pertama mereka musim ini.

Ia merupakan permulaan yang sangat sukar untuk skuad kendalian Mikel Arteta pada musim 2021/22 ini, dengan mereka tewas dalam kesemua tiga perlawanan awal.

Arsenal memulakan kempen musim ini dengan kekalahan mengejutkan 2-0 di tangan Brentford, sebelum diaibkan oleh Chelsea dengan keputusan yang sama.

Penderitaan Arsenal diteruskan lagi selepas mereka dibelasah 5-0 oleh Manchester City di Etihad sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini.

 

Skuad terhebat bakal Arsenal turunkan bertemu Norwich

Tiga kekalahan tidak cukup membimbangkan penyokong Arsenal, apa yang lebih mengerikan lagi adalah mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan mencatatkan sembilan bolos.

Norwich merupakan lawan Arsenal selepas ini dan Gunners akan melayan pendatang baru Premier League itu di bumi Emirates pada hujung minggu ini.

Arteta jelas sekali berada di bawah tekanan yang teruk dengan skuad kendaliannya pada ketika ini sedang berada di dasar liga.

Arteta sebelum ini menegaskan yang skuadnya sentiasa berdepan dengan kekalahan kerana kehilangan ramai bintang utama.

Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Ben White akan terpaksa direhatkan selepas kesemua mereka disahkan positif C0V-19 sebelum ini.

Namun begitu, selepas menghabiskan £150 juta pada jendela perpindahan musim panas ini, tentu ada jalan keluar untuk Arsenal menghasilkan sesuatu yang positif di atas padang.

Pengarah teknikal, Edu turut merasakan tekanan yang dirasakan oleh Arteta pada ketika ini, dengan beliau juga turut dipertanggungjawabkan untuk membawa perubahan.

Beliau mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:

“Bercakap tentang peranan saya, saya faham tekanan itu. Saya faham tekanan yang dirasai oleh diri saya sendiri, Mikel, dan pimpinan kelab yang lain kerana situasi sekarang memang tidak boleh diterima.”

“Tapi sekarang adalah waktu untuk semua orang bersama dan saya mahu melihat semua orang maju ke depan di waktu kesukaran seperti ini dan ambil tanggungjawab ini bersama.”

“Saya bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan.”

Memang akan berlaku banyak perubahan pada skuad Arsenal pada minggu ini, berbanding dengan skuad mereka yang dibelasah oleh Man City sebelum ini.

Granit Xhaka bakal terlepas aksi bertemu Norwich selepas beliau dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Juara bertahan Premier League sebelum ini.

Gabriel dan Thomas Partey kedua-dua mereka masih belum diturunkan pada musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Namun kedua-dua mereka sudah kembali menjalani latihan dan bakal diturunkan dalam aksi bertemu Norwich City pada musim ini.

Ben White yang sebelum ini disahkan positif C0V-19 turut bakal diturunkan pada aksi hujung minggu ini selepas ujian terbaru menunjukkan keputusan negatif.

Ini bermaksud White berkemungkinan akan terus diserap masuk ke dalam skuad utama dan bakal digandingkan dengan Gabriel, Kieran Tierney di sebelah kiri dan Takehiro Tomiyasu di sebelah kanan.

The Gunners kehilangan pemain central midfielder selepas Xhaka diketepikan, dan Mohamed Elneny juga tidak boleh diturunkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Partey sepertinya bakal digandingkan dengan Albert Sambi Lokongo di bahagian midfield Gunners dalam aksi bertemu Norwich minggu ini.

Penandatanganan baru kelab, Martin Odegaard dijangka akan sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal dengan beliau akan bergandingan dengan Nicolas Pepe dan Bukayo Saka di bahagian jentera serangan skuad.

Aubameyang sepatutnya sudah cergas sepenuhnya dan beliau dijangka bakal diturunkan sebagai penyerang utama pada hujung minggu ini.

Dengan Arsenal menurunkan skuad terhebat mereka ketika bertemu Norwich minggu ini, semoga saja mereka bakal berjaya untuk mengutip mata pertama dalam saingan Premier League musim ini.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply