Arjen Robben Sah Akan Tinggalkan Bayern Munich Di Penghujung Musim

Bekas pemain sayap Chelsea dan Real Madrid, Arjen Robben mengesahkan beliau akan meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim ini.

Robben telah beraksi bersama gergasi Bundesliga Jerman itu selama 10 tahun.

(Photo by Boris Streubel/Getty Images)
Masa yang tepat

Pemain sayap berusia 34 tahun tersebut menyertai Bayern Munich dari Real Madrid pada 2009 – dan membantu kelab Bavarain tersebut menjuarai tujuh gelaran Bundesliga sepanjang tempoh tersebut.

Bercakap kepada media, Robben dipetik sebagai berkata:

“Saya berpendapat ia adalah masa yang tempat untuk mengundurkan diri selepas 10 tahun. Saya perlu mencari angin baru, begitu juga dengan kelab ini.

“Ia adalah pengakhiran yang sangat baik setelah bersama-sama untuk tempoh yang lama.”

(Photo by MB Media/Getty Images)
Rekod terdahulu

Sejak menyertai Bayern Munich, Robben telah tampil di dalam 198 perlawanan Bundesliga untuk kelab tersebut dan telah menjaringkan 98 gol dalam tempoh tersebut.

Pemain antarabangsa Belanda ini juga pernah bergelar juara liga bersama PSV Eindhoven, Chelsea dan juga Real Madrid – dan merupakan anggota skuad Piala Dunia yang mara ke perlawanan akhir pada 2010 sebelum tewas kepada Sepanyol.

“Saya mungkin akan pergi. Tetapi karier saya belum lagi berakhir,” tambah Robben lagi.

Debut pertama Robben bersama Bayern Munich adalah dalam perlawanan Bundesliga menentang Wolfsburg pada 2009. Secara keseluruhan beliau telah beraksi dalam 305 perlawanan, menjaringkan 143 gol, dan menghasilkan 101 bantuan gol untuk kelab tersebut dalam semua pertandingan setakat ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply