Ariff Farhan Mahu Ketuk Pintu Skuad Kebangsaan Bersama FELDA United

Kerjasama Semuanya BOLA

Arif Farhan Felda United Sabah Liga Super 2020

Bek sayap kanan skuad FELDA United, Ariff Farhan Mat Isa teruja dengan semakin bersemangat untuk membuktikan kemampuannya bagi memecah masuk ke skuad kebangsaan selepas menerima pujian daripada pengendali, Nidzam Jamil.

Nidzam Jamil dipetik berkata, sekiranya Ariff Farhan mampu mengekalkan tahap prestasinya sebagaimana dalam empat aksi liga tempohari, kemungkinan besar pemain berusia 23 tahun itu akan mampu mengetuk pintu skuad kebangsaan.

Pernah menjadi pemain termuda beraksi di S-League (Singapura) ketika berusia 16 tahun, Ariff Farhan boleh dikatakan melalui karier mudanya dengan cemerlang bersama Harimau Muda sebelum Harimau Muda dibubarkan pada 2015.

Kemampuanya untuk beraksi di jentera sayap juga memberikan kelebihan buat pemain kelahiran Kedah ini untuk melengkapkan mana-mana pasukan yang disertainya selepas itu, iaitu Kedah (2016 – 2018) dan PKNS FC (2019).

Begitupun, karier Ariff Farhan sedikit terganggu dengan siri kecederaan yang dialami dan timbul juga persoalan, adakah kariernya juga bakal berakhir awal seperti abangnya, Mohd Fiqkry Mat Isa yang kali terakhir beraksi pada 2015.

Ketika di PKNS FC, beliau hanya mampu membuat beberapa penampilan selepas mengalami kecederaan dan kurang mendapat tempat dalam skuad tersebut.

Langkahnya menyertai kem Nidzam Jamil boleh dikatakan sebagai langkah tepat dengan usianya kerana kemampuan pengendali tersebut mengembalikan prestasi pemain yang pudar ke tahap sebenar, dan ia memang sudah diakui ramai.

Kini, dalam empat aksi CIMB Liga Super 2020, Ariff Farhan telah mempamerkan prestasi terbaik membantu FELDA United untuk menduduki kedudukan ke-5 liga setakat ini malah telah menghasilkan satu gol menarik ketika berdepan PJ City.

“Saya telah berikan aksi terbaik saya ketika ini, tetapi sebagai pemain profesional, kita perlu terus memberikan yang terbaik. Ada lagi perkara yang perlu saya lakukan ketika ini [untuk berjaya],” jelas Ariff Farhan kepada The Star.

“Bukan saya sahaja mahu bermain untuk skuad kebangsaan. Semua pemain profesional di dalam negara pasti mahu menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Ianya bukanlah mudah kerana persaingan yang ada ketika ini sangat sengit. Untuk menjadikannya kenyataan, saya perlulah bekerja keras. Pujian daripada coach Nidzam itu saya anggap sebagai cabaran buat diri saya,” tambahnya lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: FELDA UNITED

Baca lagi artikel berkaitan Ariff Farhan dan FELDA United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram