Ariff Farhan Mohon Bantuan, Cari Civic Type R Yang Hilang

Tiga hari menjelang sepak mula Liga Malaysia, pasukan Kedah selaku juara Piala FA 2017 akan berkunjung ke Larkin untuk berhadapan dengan juara Liga Super musim lalu.

Perlawanan tersebut bukan sahaja mempertaruhkan tiga mata pertama buat kedua-dua pasukan, malah ianya turut menjadi medan untuk merebut Piala Sumbangsih yang menjadi simbolik permulaan musim baharu kalendar bola sepak negara.

Tatkala setiap pemain dan pasukan sedang sibuk melakukan persiapan terakhir untuk sepak mula kempen baharu, pemain tengah skuad Lang Merah, Ariff Farhan mungkin tidak senang duduk pada masa ini.

Sekitar tengah hari tadi, pemain berusia 21 tahun ini memuat naik satu kenyataan di laman media sosial Facebook peribadi beliau untuk memaklumkan kenderaan kesayangannya telah hilang, dipercayai dicuri.

Kenderaan jenis Honda Civic Type R, berwatna putih, dengan nombor pendaftaran WA 5494 N dilaporkan hilang dari kawasan parkir di sekitar Perkarangan Astaka Utama, Stadium Darul Aman.

Perkara tersebut hanya disedari setelah beliau selesai menjalani sesi latihan bersama skuad Kedah.

Oleh yang demikian, bantuan orang ramai turut diminta untuk membantu beliau mencari kenderaan tersebut sehingga dijumpai.

Bagi orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut, anda boleh terus melaporkan kepada balai polis berdekatan, ataupun menghubungi Ariff Farhan sendiri di talian 0134486347.

Untuk memudahkan urusan, anda digalakkan untuk menghubungi beliau melalui aplikasi Whas App, jika mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut.

Kami di pihak Semuanya BOLA, menyeru agar komuniti bola sepak dan pembaca kami khasnya, tidak menyalahgunakan nombor telefon peribadi milik Ariff Farhan yang tertera.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN