Argentina Pertaruhkan Gandingan Berbisa Aguero Dan Messi Di Piala Dunia

Gandingan penyerang berbisa Manchester City, Sergio Aguero dan bintang Barcelona, Lionel Messi menjadi taruhan Argentina di bahagian serangan dalam kempen Piala Dunia di Russia tahun ini.

Aguero juga menjelaskan pembedahan yang dibuat bagi menangani masalah lutut dihadapinya sejak 2013 membuatkannya “merasa seperti baharu” menjelang aksi Piala Dunia.

Mengulas mengenai gandingannya bersama Messi di Russia, beliau berkata tidak akan bergandingan dengan Lionel Messi di kelab yang sama disebabkan kesetiaannya terhadap Manchester City dan rakan rapatnya itu tidak akan meninggalkan Barcelona.

Sergio Aguero
(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Sekali pun berkawan baik, pemain lincah itu menolak sebarang kemungkinan suatu hari nanti dia dan Messi akan bermain memakai jersi yang sama.

“Saya fikir ia mustahil,” kata Aguero kepada stesyen televisyen Argentina, TyC Sports.

“Sebelum ini, kebarangkalian mungkin ada tetapi kini, di usia di mana Leo akan menamatkan kariernya di Barcelona dan ketika ini, saya akan kekal di City.”

Aguero menjaringkan 21 gol buat City dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini sekali pun kempennya sedikit terganggu susulan kecederaan di lutut kanannya.

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Pemain berusia 29 tahun itu menangguhkan pembedahan bagi melihat perjalanan City dalam kancah Liga Juara-Juara tetapi selepas disingkirkan Liverpool, tumpuannya mula berubah kepada Piala Dunia.

“Selepas lima tahun, saya rasa lutut saya seperti baharu,” kata Aguero yang menjalani pembedahan pada April lalu. Sebenarnya, sejak saya berdepan masalah lutut pada 2013, saya sentiasa berdepan masalah. Ia sentiasa mengganggu saya.

“Saya bercakap dengan doktor di Man City pada musim ini dan berkata “kami akan menunggu kerana kami akan mengharungi Liga Juara-Juara”. Tetapi ia tidak menjadi lebih baik.

“(Pengurus) Pep (Guardiola) banyak menyokong saya, memberitahu saya untuk kekal tenang dan selepas kami tersingkir, saya memberitahu doktor saya tidak merasa sihat.

“Saya memilih untuk melakukan pembedahan kerana saya boleh terlepas Piala Dunia,” katanya yang mengakui taraf kecergasannya mungkin lebih baik disebabkan rehat yang banyak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram