Argentina Batalkan Perlawanan Persahabatan Dengan Israel Sebagai Menghormati Palestin

Skuad Piala Dunia Argentina membatalkan perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia menentang Israel, menurut penyerang Gonzalo Higuain awal pagi tadi, ketika tekanan politik memuncak sebelum aksi di Baitulmaqdis, Sabtu ini.

“Mereka akhirnya melakukan perkara yang betul,” kata Higuain dalam satu temu bual dengan ESPN.

Higuan ketika ditanya oleh wartawan televisyen,

“Apa yang membuatkan anda membatalkan perlawanan menentang Israel?”

“Kami sebenarnya tidak berapa pasti tetapi keputusan kami adalah muktamad. Ketika Messi bertanya kepada kami bagaimana kami boleh bermain dengan tenang dengan banyak orang Palestin yang menderita, saya tersentap” kata Higuain.

https://twitter.com/AwayFrom234_/status/1004107154528366593

Perlawanan di Stadium Teddy Kollek adalah aksi terakhir Argentina sebelum memulakan kempen Piala Dunia di Russia pada 16 Jun ini.

Tiada sebarang reaksi awal daripada FA Israel atau ahli politik negara itu. Laporan menyatakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menelefon Presiden Argentina, Mauricio Macri memintanya supaya memujuk pasukan tidak membatalkan kunjungan mereka.

Radio Israel memetik seorang pegawai diplomatik yang menyatakan peluang untuk mengadakan perlawanan itu amat tipis.

Kunjungan juara dunia dua kali Argentina menarik minat mendalam kalangan peminat Israel, terutama kerana kehadiran bintang Barcelona, Lionel Messi.

Rakyat Palestin meraikan pembatalan perlawanan itu. Di Gaza, penduduk bersorak dan di Ramallah di Tebing Barat, FA Palestin mengeluarkan kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Messi dan rakannya kerana membatalkan perlawanan itu.

“FA Palestin berterima kasih kepada pemain Argentina diketuai Messi kerana enggan dipergunakan pihak tertentu.”

Pengerusi FA Palestin, Jibril Rajoub berkata:

“Nilai, moral dan sukan meraih kemenangan hari ini dan kad merah dilayangkan kepada Israel menerusi pembatalan perlawanan itu.”

Argentina bakal berdepan Iceland, Nigeria dan Croatia di peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Dunia minggu depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN