Apakah Bangunan Dalam Logo Everton?

Pasti ramai agak tertanya apakah bangunan di dalam logo Everton. Ada yang meneka ia sebagai rumah api. Tak kurang juga menganggap ia tempat menyimpan hasil tanaman. Ada juga yang berfikiran lucah.

Perhatikan gambar di bawah ini. Inilah bangunan yang muncul dalam logo pasukan Everton.

Sebenarnya bangunan itu ialah Prince Rupert Tower yang dibina pada 1787. Ini bermakna bangunan ini telah berdiri di sana sejak 224 tahun yang lalu.

Setiap bangunan di dunia ada tujuan dibina termasuklah bangunan ini. Fungsi bangunan ini ialah sebagai lokap untuk penduduk mabuk pada malam hari!

Mereka akan dibacarakan pada keesokan harinya, selepas mereka sedar. Majistret akan mengenakan hukuman/denda komuniti. Antaranya seperti membersihkan sampah, mencuci longkang, dan macam-macam lagi.

Sebelum ia digelar Prince Rupert Tower, telah banyak nama diberikan ke atas bangunan warisan ini. Ianya termasuk The Stone Jug, The Roundhouse, The Beacon dan Stewbum’s Palace.

Pihak berkuasa akhirnya memutuskan ia dinamakan Prince Rupert Tower daripada dinamakan sebagai lokap lama. Atap berbentuk kon ini disenaraikan Bangunan Gred II Warisan oleh Kerajaan Britain.

Everton mengenakan logo berunsur menara ini sejak 1938 lagi sehinggalah ke hari ini.

Malah, The Toffees sendiri pernah menyumbangkan £15,000 untuk proses ubahsuai bagunan yang menjadi simbol kelab mereka ini. Sejak 2014, menara ini dinyalakan dengan warna biru, warna rasmi Everton.

Itulah serba sedikit informasi yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini. Mungkin ada di antara anda yang pernah sampai ke Prince Rupert Tower ini? Silalah kongsikan gambar dan pengalaman anda dengan kami.

Baca Juga: Ronaldo Il Fenomeno, Lagenda No.9 Terbaik Sepanjang Zaman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN