Apa Yang Susah Sangat Nak Mainkan Jadon Sancho?

Jadon Sancho

Pengendali England, Gareth Southgate terus dipersoal kredibilitinya selepas mengharungi dua perlawanan Euro 2020 dengan prestasi yang kurang memberangsangkan.

Sungguhpun sudah layak ke pusingan seterusnya, tetapi beliau terus dipersoal akibat beberapa keputusan antara tidak memberikan sebarang minit kepada Jadon Sancho.

Sancho masih lagi belum beraksi di Euro 2020, dan ini jelas sekali membuatkan ramai pihak terutamanya pengikut Bundesliga mencari-cari jawapan kepada situasi itu.

Di Jerman misalnya, media mereka mempersoal tindakan Southgate yang lebih memilih untuk menurunkan Raheem Sterling berbanding Sancho yang jelas sekali beraksi cemerlang bersama-sama Borussia Dortmund.

Wartawan Sky Germany, Uli Kohler berkata yang tiada sesiapa yang boleh menghadam logik ini.

“Di Jerman, tiada siapa yang faham kenapa sampai sekarang Jadon Sancho masih belum lagi bermain.”

“Ianya tiada kena mengena dengan taktikal. Dan bagi kami [media Jerman] dan peminat Sancho di negara ini, kami tidak percaya kenapa pemain ini tidak diturunkan kerana prestasinya cukup cemerlang terutamanya di bebeberapa perlawanan terakhir liga.”

Tambah Kohler lagi, prestasi Sancho bersama Dortmund di penghujung musim meningkat dengan jayanya dan kerana itu media Jerman dan pengikut pemain itu menjangkakan beliau akan diturunkan di Euro 2020.

“Saya tidak faham kenapa Gareth Southgate hanya memilih Raheem Sterling dan pemain lain yang prestasinya tidaklah seberapa.”

“Kenapa tidak diturunkan Sancho yang lebih baik prestasinya dan lebih tajam? Beliau sedia untuk diturunkan.”

Untuk rekod, musim ini Sancho terlibat dalam 36 perlawanan bersama Dortmund dengan menjaringkan 16 gol serta mencatatkan 20 bantuan gol.

20 bantuan gol? Ini mungkin yang diperlukan untuk membolehkan Harry Kane mendapatkan jaringan ketika menentang Republik Czech nanti!

Baca juga artikel kami mengenai Jadon Sancho:

TERKINI: Man Utd Secara Rasmi Buka Langkah Bida Jadon Sancho

Jadon Sancho Ada ‘Gentleman Agreement’ Tinggalkan Dortmund Musim Panas Ini

Lupakan Sancho, Manchester United Kini Sasarkan Pedro Neto

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN