Apa Yang Falsafah Bola Sepak Jurgen Klopp Boleh Ajar Kepada Pasukan Futsal

Ketika menonton highlight kemenangan 4-1 Liverpool ketika menewaskan Manchester City pada November 2015 yang lepas, kami tertanya-tanya:

Apa yang dijeritkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada Roberto Firmino dan Emre Can?

Pasukannya bermain dengan baik. Mereka mendahului Manchester City di Etihad Stadium. Kalau jurulatih lain, mereka sudah duduk tersandar di kerusi dengan senyuman lebar di muka.

Tetapi Klopp bertempik kepada penjaring gol ketiganya, Firmino dan enjin jentera tengahnya, Can.

Apabila kami membaca artikel ini, barulah kami faham mengapa.

Dan bagi kami, alasan beliau menjerit kepada Firmino dan Can boleh menjadi sesuatu yang boleh anda pelajari, jika anda bermain futsal.

1) Jangan naik atas, kalau tak boleh nak turun balik

Liverpool’s German manager Jurgen Klopp and Liverpool’s Serbian assistant manager Zeljko Buvac (2nd L) talk to Liverpool’s German midfielder Emre Can during the English Premier League football match between Manchester City and Liverpool at The Etihad stadium in Manchester, north west England on November 21, 2015. (OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Pemain pertama yang menjadi mangsa kemarahan Klopp adalah Emre Can. Kesalahannya? Naik atas untuk menyerang tapi tak boleh turun balik untuk bertahan.

Menurut Klopp:

“Emre masih muda. Dia main dengan penuh emosi. Tapi bila anda dah penat dan tak boleh nak turun balik untuk bertahan, janganlah naik atas untuk menyerang.”

“Larian dia kadang-kala membuka ruang. Tapi bila pasukan anda sedang mendahului 4-1, anda tak nampak masalahnya (apabila naik menyerang tanpa membantu pertahanan).”

Apa yang Klopp katakan memberi penjelasan kepada tugas Emre Can sebagai pemain tengah box-to-box, anda hanya boleh naik menyerang jika anda mempunyai tenaga untuk turun bertahan.

Bermain futsal dengan perokok, vapers dan pemain casual (turun sebulan 2 kali dan selalu cancel last minute), kita pasti pernah berjumpa dengan pemain sebegini.

Mereka rajin naik menyerang. Tetapi malas turun bawah untuk bertahan sama-sama.

Dalam bola sepak futsal, pasukan berjaya dianggotai oleh pemain yang terlibat dalam kedua-dua fasa permainan, iaitu fasa serangan dan pertahanan.

Dengan bertahan secara berpasukanlah, pasukan anda mempunyai tiket untuk naik menyerang.

Jadi jika anda tak boleh nak turun bertahan, janganlah naik atas untuk menyerang.

2) Penyerang tak boleh kerap turun bawah

Liverpool’s German manager Jurgen Klopp (L) shouts at Liverpool’s Brazilian striker Roberto Firmino during the English Premier League football match between Manchester City and Liverpool at The Etihad stadium in Manchester, north west England on November 21, 2015. AFP PHOTO / OLI SCARFF

Mangsa kedua kemarahan Klopp adalah penyerang Brazil, Roberto Firmino.

Tunggu sekejap. Anda mungkin mempersoalkan: adakah Roberto Firmino ini penyerang atau attacking midfielder?

Menurut Klopp, beliau melihat Firmino sebagai penyerang.

“Sebelum perlawanan, saya beritahu dia adalah penyerang yang kadang kala boleh bermain sebagai midfielder. Bukan midfielder yang kadang kala boleh bermain sebagai penyerang.”

Dalam perlawanan tersebut, Klopp marah kepada Firmino kerana beliau bermain seperti midfielder.

“Kami perlukan beliau (Firmino) sebagai target tapi dia suka turun bawah. Jadi saya cakap: ‘Apa yang kita buat? Kita tak boleh menyerang kalau kita tiada target.”

“Jadi saya beritahu dia: jangan turun ke bawah!”

Kontradiksi dengan kes Emre Can

OK. Point kedua ini bertentangan dengan point pertama.

Sebelum ini, Klopp kata semua pemain kena turun untuk bertahan. Tapi sekarang, Klopp suruh Firmino jangan turun ke bawah pula.

Apa yang anda perlu tahu adalah, memandangkan penyerang Liverpool yang lain sedang cedera, Klopp mahu Firmino mengetuai jentera serangan. Jadi kes ini lain dengan kes Emre Can.

3) Penyerang perlu bertahan, tetapi perlu menjadi outlet juga

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 21: Roberto Firmino of Liverpool battles with Eliaquim Mangala of Man City during the Barclays Premier League match between Manchester City and Liverpool at the Etihad Stadium on November 21, 2015 in Manchester, England. (Photo by Simon Stacpoole/Mark Leech Sports Photography/Getty Images)

Kami nak jelaskan sesuatu. Dalam taktikal Klopp, semua pemain Liverpool perlu melakukan kerja defensif – termasuklah penyerang.

Menjadi penyerang bererti anda adalah pemain pertahanan pertama bila pasukan anda kehilangan penguasaan bola.

Maksud Klopp kepada Firmino adalah, beliau tak mahu Firmino turun ke bawah bila pasukannya mempunyai penguasaan bola. Beliau mahu Firmino menjadi outlet bagi jentera tengah untuk membuat forward passes.

Aplikasi dalam futsal

Asas taktikal ini juga perlu diamalkan dalam futsal.

Bila pasukan anda mempunyai bola dan ingin menyerang, sebagai penyerang anda perlu menjadi outlet supaya pemain lain boleh pass kepada anda.

Sebagi penyerang, anda juga perlu paksa pertahanan lawan turun ke bawah dan cipta ruang untuk ahli pasukan anda. Bila ahli pasukan anda ada ruang, dia boleh jadi berbahaya.

Attacking-Depth-5-a-side-Futsal

Berdasarkan gambar di atas saja, anda boleh tahu gambar di sebelah kiri jauh lebih bagus daripada kanan jika anda pasukan merah dan mahu menyerang.

Pemain X mungkin fikir dengan turun bawah, dia boleh mendapat bola (dan bermain macam false 9).

Tetapi jika ahli pasukannya tidak mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pemain X, apa yang pemain X buat hanyalah menutup ruang serangan untuk pasukannya sendiri.

Itu yang Klopp tak mahu. Larian ke bawah Firmino menutup ruang bagi Liverpool untuk melancarkan serangan.

Jadi bila pasukan anda sedang menyerang, pastikan penyerang anda sentiasa kekal di atas untuk cipta ruang kepada pemain lain.

Beritahu penyerang, jangan susah-susah turun bawah untuk mencari bola. Kekalkan posisi di atas. Ahli pasukannya sendiri akan mencari dan memberinya bola.

Baca juga: Bagaimana Futsal Boleh Dijadikan Latihan Untuk Bola Sepak?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN