Apa Sebenarnya Posisi Van de Beek Akan Main Di Manchester United?

van de beek ajax manchester united

Adakah pemain baharu, Donny van de Beek akan bergandingan bersama Paul Pogba dan Bruno Fernandes di jentera tengah Manchester United?

Seperti yang ditulis di dalam artikel semalam, menurut cadangan pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend beranggapan Manchester United perlu mendapatkan N’Golo Kante walaupun sudah mendapatkan Van de Beek.

Van de Beek bukan pemain defensif

Atas faktor tersebutlah, Townsend berkata jika The Red Devils serius mahu cabar kejuaraan liga, mereka memerlukan pemain tengah bertahan yang bagus dan di saat Chelsea mahu melepaskan Kante, ia bagai peluang terbaik buat mereka.

Adakah benar Kante sudah tidak diperlukan di Chelsea? Ada komentar-komentar yang menyatakan yang pemain tengah bertahan tersebut mengalami musim yang kurang produktif akibat masalah kecederaan yang dialaminya.

Begitupun, apabila bermain, pengendali The Blues, Frank Lampard meletakkannya di posisi lain iaitu lebih kepada menyerang dan ini menampakkan kelemahannya.

Dan kemasukkan Van de Beek sebenarnya bukanlah untuk mengisi posisi tersebut kerana beliau bukanlah seorang pemain defensif. Menurut laporan BBC, statistiknya di Ajax menunjukkan beliau lebih kepada Fernandes di Manchester United.

Pilihan di belakang Pogba dan Fernandes

Dalam statistik itu juga dapat dilihat beliau boleh diharap untuk melakukan tugasan defensif walaupun tidak sepenuhnya. Beliau berada sedikit di belakang Fred dan Nemanja Matic. Oleh itu, Ole Gunnar Solskjaer masih dalam dilema.

Laporan tersebut turut menyatakan yang sebenarnya Van de Beek lebih kepada pemain gantian kepada Pogba ataupun Fernandes. Solskjaer dikatakan kurang percaya kepada kelompok pemain simpanan yang ada di tangannya ketika ini.

Sejak Restart, pengendali berusia 47 tahun itu dilihat menggunakan kesebelasan utama yang sama dalam setiap perlawanan. Beliau cuba menambah pilihan untuk posisi Pogba dan Fernandes bagi membolehkannya membuat pusingan pemain.

Jadi, adakah Kante akan menjadi sasaran Manchester United walaupun mereka sudah mendapatkan Van de Beek? Tidak dapat dipastikan. Menurut komentar pakar perpindahan pemain, Ian McGarry, Chelsea sedang mempertimbangkannya.

Penutup

Ia adalah bagi mengurangkan beban tanggungan gaji pemain-pemain sedia ada dan yang baru menyertai Chelsea. Kante masih ada kontrak di Chelsea dan The Red Devils juga masih belum memulakan sebarang langkah memburunya.

Tetapi, mungkin Solskjaer masih mempercayai sama ada Fred ataupun Matic untuk posisi tersebut. Dan kehadiran Van de Beek dilihat sebagai pilihan pengganti kepada Pogba ataupun Fernandes, jika mereka perlu direhatkan nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Van de Beek dan Manchester United:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply