Apa Perubahan Selangor Di Babak Kedua Yang Penang Tiada Jawapan Balas

Gol Danial Asri selangor penang

Menurut pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel, mereka ada membuat perubahan di babak kedua yang nampak berkesan dan berhasil meledak tiga gol ke atas Penang FC.

Sebelum itu, dalam aksi babak pertama, tuan rumah, Penang FC dan Selangor terikat dengan kedudukan 1-1 selepas gol tandukkan David Rowley di minit ke-40 memadam kelebihan jaringan awal pelawat menerusi sepakan penalti Ifedayo Olusegun.

“Pada awalnya kami menghadapai masalah dengan permainan lawan kerana para pemain tidak jelas bagaimana mereka harus bermain. Kami membuat perubahan dan ia nampak lebih baik,” ulas Karsten Neitzel mengenai perlawanan tersebut.

Karsten Neitzel Tekankan Penting 3 Mata Lepas ‘Bernasi Kandaq Lauk Sotong’

Sememangnya Karsten Neitzel harus berbangga dengan kemenangan ini kerana ini merupakan kali pertama musim ini Harimau Kumbang melepaskan empat gol dalam satu perlawanan dan merupakan antara tiga kekalahan terbesar musim ini.

Selangor menurunkan formasi 4-3-3 dan ketika menyerang, Ashmawi Yakin dan Sharul Nazeem akan berada di bawah dibantu oleh pemain Selangor 2 yang diletakkan di posisi tengah bertahan, Shivan Pillay seakan-akan membentuk bek bertiga.

Dua bek sayap, R. Dinesh dan Syahmi Safari dilihat akan berada lebih ke atas dan akan turun membantu sekiranya pasukan dalam fasa bertahan. Ia seakan-akan mirip kepada formasi Penang FC yang menggunakan formasi taktikal 3-5-2 di atas kertas.

Posisi 3 pertahanan Selangor

 

Apabila bertahan, Penang FC akan memiliki lima pemain pertahanan dan begitu jugalah Selangor yang akan menurunkan R. Dinesh dan Syahmi Safari ke bawah.

Mengapa Shivan Pillay yang posisi asalnya di bek tengah diarahkan untuk berada di posisi tengah bertahan? Mungkin Karsten Neitzel mahu mengunci kapten tuan rumah, Endrick dos Santos yang mana dilihat lebih bebas berada di serata padang.

Dengan tidak terlalu fokus bertahan di bek tengah, Shivan Pillay boleh mengekori Endrick dos Santos ke mana sahaja playmaker Harimau Kumbang itu bergerak.

 

Shivan Pillay Endrick Selangor Penang

Ketika dalam fasa menyerang, tiga penyerang yang diketuai Ifedayo Olusegun, Danial Asri dan Sean Selvaraj akan disertai oleh dua bek sayap, Syahmi Safari dan R. Dinesh membolehkan situasi 5 lawan 5 dengan benteng pertahanan Penang FC.

Begitupun, Selangor gagal memecah blok pertahanan lawan yang boleh dikatakan kukuh ketika bertahan. Gandingan bek bertiga, Ryuji Utomo, Rafael Vitor dan Latiff Suhaimi serta Quentin Cheng dan Azwan Aripin kekal utuh menahan asakan.

Kesilapan Rafael Vitor memberikan sepakan penalti apabila menjatuhkan Sean Selvaraj menjadi punca mereka terlebih dahulu ketinggalan di minit ke-16 perlawanan.

Situasi 5 v 5 Selangor Penang

Kegagalan Selangor juga dikongsi Penang FC yang mana blok pertahanan Selangor juga dilihat gagal dipecah mereka walaupun mereka dilihat lebih berbahaya.

Jadi apa perubahan di babak kedua yang menyebabkan mereka mengganas? Mereka dilihat memanfaatkan ruang di zon 14, di mana ia kelemahan khusus Penang FC sejak ketiadaan Khairu Azrin Khazali yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Apakah Zon 14 (Kawasan Paling Berbahaya Di Padang) Dalam Bola Sepak?

Menggunakan R. Dinesh dan Syahmi Safari atau di sebelah sayap kanan dan kiri untuk memecah kubu Penang FC terbukti terlalu sukar buat Selangor sepanjang babak pertama dan mereka gagal melewati Quentin Cheng dan Azwan Aripin.

Pemain tengah yang disenaraikan pengendali, Tomas Trucha adalah bukan yang defensive minded iaitu David Rowley. Beliau boleh bertahan tetapi beliau bukanlah pakar dalam bertahan. Dua lagi pemain tengah mereka adalah attacking minded.

Gol Danial Asri selangor penang
Hantaran lolos Ifedayo Olusegun dari zon 14 kepada Danial Asri untuk gol kedua Selangor

Al-Hafiz Harun dan Sheriddin Boboev juga bukan pemain yang khusus untuk bertahan. Mungkin Karsten Neitzel mula sedar mengenainya kerana disebabkan itu, Penang FC mengubah formasi taktikal mereka untuk seimbangkan ketiadaan Khairu Azrin.

Ifedayo Olusegun dimanfaatkan untuk bergerak di zon tersebut dan telah berjaya menghasilkan dua bantuan gol kepada Danial Asri dan Sean Selvaraj.

Untuk gol Danial Asri, jelas beliau yang membuat gerakan di zon tersebut, sementara untuk gol Sean Selvaraj, pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung yang telah memulakan hantaran lambung dari zon tersebut kepada Ifedayo Olusegun.

Gol Sean Selvaraj
Hantaran lambung Hein Htet Aung yang mengelirukan Ryuji Utomo

Ia kemudian ditanduk Ifedayo Olusegun kepada Sean Selvaraj yang langsung dibiarkan tanpa kawalan di depan pintu gol, menyebabkan Sam Somerville tertewas buat kali ketiga di minit ke-57. Jelas ruang di zon 14 gagal dikukuhkan oleh tuan rumah.

Menyedari Selangor memanipulasi ruang tersebut, Penang FC membuat pertukaran drastik, mengeluarkan ketiga-tiga pemain tengah, David Rowley, Sheriddin Boboev dan Al-Hafiz Harun dan merubah formasi taktikal dengan kemasukkan pemain lain.

Namun, tuan rumah terus gagal untuk mengatasi semangat perjuangan pemain-pemain muda The Red Giants yang dahagakan kejayaan dan mahu buktikan sesuatu kepada pengendali mereka apabila peluang sebesar ini telah diberikan kepada mereka.

‘Wonder goal’ terakhir oleh Ifedayo Olusegun adalah bonus buat dirinya dan juga untuk melengkapkan malam indah buat Selangor, menewaskan semula Penang FC yang memalukan mereka di pusingan pertama dengan keputusan 2-0 pada Mac lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN