Apa Nasib ‘CM’ Lain Di JDT, Kesan Kehadiran Nathaniel Shio Hong Wan

Hong Wan Wolves JDT 2021

Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja mengumumkan pemain baharu yang bakal menyertai mereka, pemain kacukan Malaysia-China, Nathaniel Shio Hong Wan.

Selain boleh menyarung jersi Malaysia dan China, beliau juga boleh memilih untuk bermain bersama England atas sebab dilahirkan di sana. Jadi, adakah penyertaannya ke JDT menandakan yang beliau sudah bersedia untuk bersama Harimau Malaya?

Sebelum ini, ketika ditemu ramah oleh Astro Supersport sekitar tahun 2019, beliau ada menyatakan belum membuat keputusan mengenai masa depannya dan terbuka untuk sebarang kemungkinan. Katanya, “Apa yang berlaku, biarkan berlaku.”

Boleh bermain di posisi nombor 6 dan 8

“Sebenarnya, saya terbuka untuk sebarang kemungkinan. Pastinya saya bersyukur jika ianya berlaku [bermain untuk Malaysia],” ujar pemain berusia 20 tahun itu.

Hong Wan adalah rekrut terbaharu JDT sekiranya permohonan kerakyatan Malaysia beliau berjaya direalisasikan dan ianya dijangka bermula selepas kontraknya bersama Wolves berakhir pada Jun depan. Beliau mula bersama mereka sejak Julai 2019.

Pada awal tahun 2020, Hong Wan telah dipinjamkan ke kelab Croatia, NK Varazdin untuk tempoh hampir enam bulan sebelum kembali semula ke Wolves pada Jun 2020. Tampil sebanyak sembilan kali, beliau telah turun beraksi dalam 253 minit permainan.

Mengikut rekod di Transfermrkt dan laman sesawang Wolves.co.uk, Hong Wan merupakan seorang pemain tengah dan boleh beraksi di posisi nombor 6 dan 8.

Pemain tengah (CM) lagi? Berapa ramai dah?

JDT sekali lagi membawa masuk seorang pemain tengah di saat mereka memiliki lambakan pemain tengah. Siapa pemain tengah yang berada di JDT ketika ini? Terbaharu, JDT membawa masuk Danial Amier Norhisham untuk musim 2021.

Untuk rekod, Harimau Selatan memiliki ramai pemain tengah iaitu kapten, Hariss Harun, Afiq Fazail, Natxo Insa, Nazmi Faiz Mansor, Leandro Velazquez, Liridon Krasniqi, Syamer Kutty Abba dan Gary Steven Robbat. Untuk musim 2021, mereka membawa masuk dua lagi pemain iaitu Danial Amier dan pemain Indonesia, Syahrian Abimanyu.

Ini menjadikan mereka sudah memiliki 10 pemain untuk posisi tengah, tidak termasuk Hong Wan lagi. Apakah sebenarnya perancangan JDT untuk Hong Wan?

Setakat ini, dimaklumkan yang dua daripada pemain untuk posisi ini bakal dipinjamkan keluar bagi musim 2021 iaitu Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu – dipinjamkan ke kelab yang bersaing di A-League, Australia iaitu Newcastle Jets.

Ada kesan tak kepada CM lain di JDT nanti?

Sebenarnya tiada kesan terus kepada jentera tengah JDT selepas penyertaan Hong Wan, kemungkinan pada pertengahan tahun ini. Berusia 20 tahun, kehadirannya adalah sebagai prospek masa depan buat JDT, bukanlah untuk kesebelasan utama.

Selain itu, menurut temu ramah yang disiar pada Mei 2019 selepas penyertaannya ke Wolves, bekas jurulatihnya, Peter Lodge berkata, “Tanpa ragu-ragu, dia [Hong Wan] merupakan pemain nombor 4 yang saya sangat seronok membentuknya.”

Apa yang cuba disampaikan oleh Lodge? Adakah sebenarnya bekas kapten skuad B-18 Yeovil Town FC itu sebelum ini dibentuk untuk posisi pertahanan tengah? Jadi, adakah kemungkinan yang Hong Wan dibawa masuk ke JDT untuk posisi tersebut?

Jika benar, mungkin Hong Wan adalah prospek untuk posisi bek tengah tempatan di JDT selepas Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Adam Nor Azlin. Dua pemain yang kerap beraksi, Aidil Zafuan dan Fadhli Shas sudah menjangkau usia 30 tahun lebih.

Mungkin kemasukkannya sebagai persediaan sebelum persaraan Aidil Zafuan yang kini sudah berusia 33 tahun. Mahu tak mahu, karier Aidil sudah semakin suntuk.

Semuanya BOLA menjangkakan, jika Hong Wan memperolehi kewarganegaraan Malaysia pertengahan tahun ini, beliau akan terus bersama skuad utama JDT. Beliau juga akan menjadi prospek masa depan posisi bek tengah, bukan pemain tengah.

KREDIT FEATURED IMAGE: Imago Images / VCG

Baca lagi artikel lain mengenai JDT:

ACL2021: JDT Diundi Bersama Dengan Jiangsu Suning & Nagoya Grampus

Perbandingan Head-to-Head Pusat Latihan JDT Dengan Selangor

8 Pemain Dari Tanah Kelahiran Maradona Yang Pernah Menyarung Jersi JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN