Apa Kaitan Lionel Messi, Andrea Pirlo & Arsene Wenger Dengan Playstation?

Lionel Messi, Andrea Pirlo dan Arsene Wenger merupakan antara nama besar dalam dunia bola sepak sekarang. Tapi, apakah kaitan mereka dengan Playstation?

Baca komen bergambar di bawah mengenai pemain dan pengurus bola sepak mengenai FIFA dan Playstation untuk mendapatkan jawapan.

1. Bagi Arsene Wenger, Messi merupakan pemain yang sempurna, ibarat watak dalam permainan Playstation. Jadi, adakah ini bermakna Wenger juga bermain PES dan FIFA?

frase-leo-messi-es-como-un-jugador-de-playstation-es-claramente-el-mejor-del-mundo-arsene-wenger-134040
“He’s (like) a PlayStation. He can take advantage of every mistake we make.” (Sumber: akifrases.com)

2. Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Andrea Pirlo merupakan antara pemain yang paling power dalam mengambil freekick dalam FIFA15. Namun, apa agaknya komen Pirlo tentang bermain Playstation?

Abang syak dia ni kami main game ni. Eish.
” Saya tidak berasa tertekan, saya buat tak kisah mengenainya. Saya menghabiskan tengah hari Ahad, 9 hb Julai 2006, di Berlin dengan tidur dan bermain Playstation. Sebelah petangnya, saya keluar (bermain bola) dan memenangi Piala Dunia’- Pirlo.

 

Tengok, Pirlo lagi bagi statement.
“Selepas roda, inovasi terbaik ciptaan manusia adalah Playstation” – Andrea Pirlo, lagi.

3. Sewaktu Darren Bent masih bermain untuk Aston Villa, beliau dikatakan sebagai pemain games FIFA terhebat di Villa Park. Kini, beliau di pinjamkan ke Derby County kerana aksi di atas padang yang kurang memuaskan.

bent

4. Menurut Darren Bent dan Andrea Pirlo, bermain video game tidak akan menjejaskan prestasi pemain bola sepak. Namun, bekas pengurus Leyton Oreint, Russell Slade berfikir sebaliknya.

slate
Ironi kepada fakta diatas adalah , FIFA14 merupakan salah satu penaja utama bagi pasukan Leyton Orient! P/S: Russell Slate telah berjaya membawa Leyton Orient ke tempat ke-3 liga (League One) musim lalu sebelum menjadi pengurus kepada Cardiff City musim ini. 😀

5. Mungkinkah Russell Slate berpendapat demikian akibat gusar dengan kenyataan bekas penjaga gawang No.1 England ini?

james
Tidak dinafikan DJ merupakan penjaga gol yang baik, namun prestasinya dilihat naik turun seperti yo-yo.

6. Namun, pada pandangan kami, bermain FIFA , PES mahupun permainan video  yang lain bukanlah masalah besar. Malah pemain terbaik dunia seperti Messi juga bermain FIFA online.

"Saya gemar bermain PlayStation online dengan orang-orang yang tidak menegenali saya. Saya bermain dengan membawa (bola) dengan pemain bek tengah ke kawasan lawan dan mereka akan marah. Saya melakukannya untuk menghabiskan masa perlawanan, tentunya saya akan marah jika saya kalah, tapi saya hanya akan disconnect dari permainan tersebut,"- Lionel Messi.
“Saya gemar bermain PlayStation online dengan orang-orang yang tidak mengenali saya. Saya bermain dengan membawa (bola) dengan pemain bek tengah ke kawasan lawan dan membuatkan mereka marah. Saya melakukannya untuk menghabiskan masa perlawanan. Sudah tentu saya akan marah jika saya kalah, tapi saya hanya akan disconnect dari permainan tersebut,”- Lionel Messi.

Jadi, apa tunggu lagi? Hidupkan konsol anda dan sambungkan dengan internet untuk online play. Siapa tahu, anda berpeluang untuk berentap menentang Messi di pentas FIFA online !

Mengapa tidak? Segalanya mungkin!

 

P/S- Anda ada gambar yang menarik tentang bola sepak ? Kongsikan dengan kami!

(Sumber gambar: akifrases.com , footballquandry.com, FIFA, Leyton Orient, Google Imanges)

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN