“Apa Guna Duit Banyak Tapi Tak Menang UCL?” – Villas-Boas ‘Tembak’ PSG

andre villas-boas

Pengurus Olympique Marseille, Andre Villas-Boas jelas antara individu yang ‘gelak besar’ selepas kejayaan pasukannya menumbangkan musuh tradisi, Paris Saint-Germain (PSG) semalam.

Gol tunggal dari Florian Thauvin cukup memberikan tiga mata buat Marseille dan kekalahan kedua PSG di musim baharu liga.

Namun perlawanan itu tidak lebih dari itu. Sebaliknya, ianya turut dicemari dengan layangan lima kad merah kepada tiga pemain PSG dan dua tonggak Marseille di penghujung perlawanan.

Pemain bergaduh, begitu juga pengurus. Selepas perlawanan, Villas-Boas dan Thomas Tuchel dilaporkan bertekak sesama sendiri selepas perlawanan di lorong stadium.

Bercakap kepada media, Villas-Boas mengambil peluang untuk menerangkan apa yang berlaku kepada media.

“Tiada apa yang luar, cumalah hinaan lazim kita dengar dilemparkan antara kami.”

“Beliau kata saya mendapat loteri dalam perlawanan ini, saya juga berkata yang sama selepas pasukannya menentang Atalanta dalam aksi Eropah musim lalu,” ujar beliau menerusi laman AS.

Kata Villas-Boas, tekanan jelas berada di pihak Tuchel yang musim lalu gagal memberikan gelaran Eropah kepada PSG selepas mereka tewas kepada Bayern Munich di perlawanan akhir.

“Jelas sekali PSG menanti-nantikan kejuaraan tersebut, anda tidak boleh melaburkan $1.5 bilion dan kemudiannya tidak menjuarai kejuaraan Eropah.”

Villas-Boas memberikan gambaran yang setiap kali pengurus PSG mencabar untuk berbuat demikian, mereka pastinya akan menerima nasib yang kurang baik selepas gagal melakukannya untuk PSG.

“Carlo Ancelotti pernah berada di sini [Ligue 1], kini beliau menguruskan Everton, Unai Emery turut sama kini beliau bersama-sama Villareal. Ianya sukar, mereka tunggukan gelaran Eropah itu.”

Baca juga artikel kami mengenai PSG:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply