‘Apa Barang 6 Bulan’ – Ralf Rangnick Sedia Jadi Pengurus Manchester United Lebih Lama

Ralf Rangnick Manchester United

Pengurus interim Manchester United yang baharu dilantik, Ralf Rangnick tidak menolak kemungkinan untuk kekal sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu lebih dari enam bulan.

Mengikut perancangan pihak kelab Rangnick akan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sehingga penghujung musim ini sebelum diberikan tugas  sebagai konsultan atau penasihat untuk tempoh dua tahun seterusnya.

“Jika segalanya berjalan lancar, saya akan cadangnya perkara yang sama seperti dua kali yang saya lakukan di RB Leipzig,” kata jurulatih berusia 63 tahun itu dalam temubualnya bersama BBC.

“Mungkin idea yang lebih baik adalah terus bekerja dengan saya untuk satu tahun lagi, tetapi semuanya setakat ini sekadar kemungkinan,”

Rangnick yang sudah tiba di Old Trafford pada minggu ini hadir menyaksikan perlawanan United pada Khamis yang menyaksikan United menang 3-2 ke atas Arsenal dalam aksi terakhir Michael Carrick sebagai pengurus sementara.

Beliau dijangka mengendalikan perlawanan pertamanya berdepan Crystal Palace pada Ahad ini.

Alasan Mengapa Ralf Rangnick Masih Belum Boleh Mula Bertugas

“Setiap wakil kelab yang telah berhubung dengan saya jelas bahawa kita sedang bercakap tentang peranan saya sebagai pengurus. Tetapi kami tidak pernah berbincang tentang apa yang akan berlaku pada musim panas nanti,” tambahnya lagi.

“Sekarang ini saya sedar yang mereka sedang mencari pengurus baharu. Jika mereka akan bercakap tentang perkara ini [menjadi pengurus tetap] dengan saya selepas ini, kita akan putuskannya kemudian.”

“Pada saya, sekarang ini yang penting adalah memenangi perlawanan seterusnya dan ia adalah fokus utama.”

Rangnick meninggalkan tugasannya selaku Pengarah Sukan dan Pembangunan di kelab Russia, Lokomotiv Moscow untuk menerima tawaran dari United.

Beliau sememangnya mempunyai reputasi yang cukup besar dalam bidang kejurulatihan di Jerman dengan dua pengurus ternama EPL iaitu Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel mengakui Rangnick merupakan ‘sifu’ mereka.

https://twitter.com/WholeLottaLyes/status/1463896152021999617?s=20

Rangnick mula mencuri tumpuan apabila membimbing kelab kerdil Ulm untuk meraih promosi ke Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah sebelum menyertai Stuttgart, Hannover, Hoffenheim, Schalke dan RB Leipzig.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN