Antonio Conte Tentang Formasi Bakal Digunakan – Minta Penyokong Memahami Keadaan Semasa Perpindahan Pemain

Antonio Conte bercakap pada sidang media pra-perlawanan yang pertama. Beliau menekankan banyak perkara kali ini, namun kami menggariskan 2 isu penting daripada sidang media beliau.

Schermata-2016-07-27-alle-11.20.33-700x459

Pertama, isu perpindahan pemain. Kedua-formasi yang mungkin beliau gunakan. Ini kerana Conte memang terkenal dengan pendekatan beliau yang tidak terlalu terikat dengan mana-mana formasi.

1. Isu Perpindahan Pemain

Antonio Conte berharap penyokong-penyokong Chelsea tidak terlalu emosi dan lebih realistik dalam menilai ‘business ‘yang sedang berjalan di Stamford Bridge.

Conte melabel jendela perpindahan pemain kali ini adalah ‘gila’. Chelsea hanya melakukan 2 rekruit dalam jendela kali ini iaitu, N’golo Kante dan Michy Batshuayi.

Segelintir peyokong Chelsea agak kecewa kerana mereka gagal untuk mendapatkan pemain bek tengah dan seorang lagi penyerang. Chelsea turut dilaporkan terlepas dalam usaha mendapatkan berberapa pemain sasaran mereka.

Walaubagaimanapun, Conte mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercakap kepada media tentang soal siapa pemain sasaran mereka dan hanya menyatakan, keadaan pasaran pemain yang ada sekarang membuatkan Chelsea berdepan limitasi untuk mendapatkan pemain-pemain tertentu.

Werder-Bremen-v-Chelsea-Pre-Season-Friendly

“Setiap kelab perlu menyesuaikan diri polisi perpindahan semasa,”
“Rasanya, Chelsea sedang mencari jalan peyelesaian.”
“Pada masa ini ia tidak mudah. Ia adalah pasaran perpindahan gila.”
“Apabila anda cuba untuk membeli seorang pemain, and perlu mengeluarkan kos yang sangat mahal.”
“Ia adalah satu keadaan yang sangat pelik. Kami sedang menunggu penyelesaian. ”

“Adalah penting untuk kita berfikir untuk masa kini,”
“Saya bercakap setiap hari dengan kelab ini dan kami ada perancangan.”
“Kali ini pasaran perpindahan adalah sangat gila. ”
“Kita harus bersabar. Saya gembira untuk bekerja dengan pemain-pemain yang sudah ada di sini.”

Chelsea dikatakan masih berusaha untuk mendapatkan Koulibaly dan bekas pemain mereka, Romelu Lukaku.

Masa Depan Matic

Dalam temubual tersebut juga, Conte ditanya tentang masa depan Matic yang dikaitkan dengan Juventus untuk menggantikan Paul Pogba.

1452945035_romelu-lukaku-everton-nemanja-matic-chelsea

Conte berkata:
“Nemanja adalah pemain penting untuk saya dan dia sendiri tahu”
“Dia tidak ada masalah di sini, dan dia adalah pemain Chelsea”

Kante Akan Melakukan Debut

Antonio Conte mengesahkan, N’golo Kante akan melakukan debut beliau untuk Chelsea dalam perlawanan menentang West Ham.

Chelsea-Presents-New-Signing-NGolo-Kante

“Saya telah berberapa kali bercakap dengan beliau dan dia akan bermain menentang West Ham.”

2. Isu Formasi Dan Taktik

Antonio Conte signifikan dengan kejayaan beliau dengan formasi 3-5-2 di Juvetus dan juga Itali.

“Ketika saya mula menguruskan Sienna, saya menggunakan 4-2-4. Ketika saya tiba di Juventus, saya menggunakan 4-2-4 dan bertukar kepada 4-3-3, kemudiannya 3-5-2.”

“2 tahun dalam pasukan kebangsaan, saya perlu menggunakan sistem yang berbeza. Sebagai pengurus, adalah penting untuk mengenali kekuatan pemain anda dan mencari penyelesaian terbaik.”

Dalam berberapa perlawanan pra musim dan skuad bayangan beliau sejak akhir-akhir ini, Conte mungkin akan menggunakan 4-3-3.

Ini adalah ramalan kesebesalan utama Chelsea ketika menghadapi West Ham oleh semuanyaBOLA.

cfc

Komen Tentang Prestasi Buruk Chelsea Musim Lalu

Conte merasakan, ia lebih kepada masalah mentaliti yang dihadapi pemain. Pemain-pemain Chelsea hilang keyakinan diri.

antonio-conte-john-terry-chelsea_3743732

“Sebagai pengurus yang baru tiba, amat penting untuk mengenali pemain-pemain anda. Kenapa musim lepas teruk? Ia adalah penting untuk mendalami apa yang ada di dalam ‘kepala’ pemain.”

Conte nampak gayanya tidak terlalu terdesak untuk mendapatkan pemain baru dengan harga yang dirasakan tidak munasabah.

Beliau sendiri tampak yakin akan kualiti pemain yang sedia ada, hanya perlu mengembalikan kekuatan mental mereka untuk memberikan aksi yang kompetitif.

Baca juga: Arsene Wenger Beri Sebab ‘Kedekut’ Beli Pemain, Arahkan Scouts Cari Pemain Di Liga Bawahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN