Antonio Conte Percaya Danny Drinkwater Mampu Terus Bergandingan Dengan Baik Bersama N’Golo Kante

Antonio Conte

Malam ini Leicester City bakal melayani kunjungan skuad bimbingan Antonio Conte, Chelsea di King Power Stadium pada perlawanan ke-4 liga bagi kedua-dua pasukan.

Leicester City kini berada ditangga ke-15 liga apabila mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan dalam tiga perlawanan awal manakala Chelsea bangkit dari kekalahan keatas Burnley pada perlawanan pertama untuk menang baki dua perlawanan seterusnya ketika bertemu Tottenham Hotspur dan Everton.

Keadaan yang menyaksikan Chelsea berada pada tahap yang terbaik bagi mencuri 3 mata berharga di gelanggang lawan dengan kehadiran beberapa pemain yang sudah pulih dari kecederaan terutamanya bintang utama mereka, Eden Hazard.

Perlawanan malam ini juga menarik untuk disaksikan apabila bekas pemain tengah Leicester City, Danny Drinkwater dikatakan berpeluang untuk melakukan penampilan sulung bersama Chelsea setelah berjaya melengkapkan perpindahan ke kelab London itu pada hari terakhir jendela perpindahan ditutup.

Kombinasi menakjubkan yang ditampilkan Drinkwater bersama-sama N’Golo Kante dalam saingan liga musim 2015-16 yang memberikan gelaran juara buat Leicester City membuatkan Antonio Conte percaya kedua-dua pemain tersebut mampu untuk terus bergandingan dengan baik bersama Chelsea.

”Saya rasa Danny (Drinkwater) merupakan seorang pemain yang baik,” kata Conte. ”Dua tahun yang lalu mereka bergandingan dengan sangat baik sehingga berjaya menjuarai saingan liga. Mereka sentiasa beraksi dan mempamerkan betapa ‘kuatnya’ gandingan mereka.”

Antonio Conte
COBHAM, ENGLAND – SEPTEMBER 04: Danny Drinkwater and Baba Rahman of Chelsea during a training session at Chelsea Training Ground on September 4, 2017 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

”Danny merupakan pemain yang kuat untuk membantu kami musim ini. Pemain tengah ini sangat penting. Saya memerlukan pemain tengah yang mempunyai sifat seperti beliau miliki dan sekarang beliau perlu mencari keadaan fizikal yang terbaik untuk bersedia membantu kami (Chelsea).”

Antonio Conte turut menjelaskan bahawa pembelian dua pemain baru (Drinkwater dan Davide Zappacosta) pada hari terakhir jendela perpindahan tempohari ternyata tidak akan mengubah sistem dan bentuk pasukannya.

”Kami mahu terus bermain dengan sistem ini kerana jangan lupa, kami mempunyai 11 pemain yang bermain musim lalu dan kami mengubah sistem kami untuk memberikan mereka keadaan terbaik bagi memanfaatkan bakat mereka. Dengan kehadiran pemain baru ini, kita perlu memberi mereka peluang terbaik untuk berada dalam keadaan yang terbaik.

Musim baru ini memperlihatkan Chelsea berusaha untuk memantapkan lagi kualiti pasukan dalam usaha mempertahankan kejuaraan dengan kemasukan Alvaro Morata, Antonio Rudiger, Tiemoue Bakayoko, Danny Drinkwater, Davide Zappacosta dan Willy Caballero.

Sumber :

Laman web rasmi Chelsea FC – http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/09/conte–the-best-conditions.html

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram