Antonio Conte Memuji Burnley, Tidak Pedulikan Kenyataan ‘Pasukan Defensif’ Oleh Mourinho

Antonio Conte memuji Burnley kerana sangat berani dan memiliki semangat juang yang sangat tinggi. Dalam perlawanan semalam, Chelsea terikat 1 – 1 dengan Burnley di Turf Moor.

Chelsea mendahului menerusi Pedro pada minit ke-7. Namun Burnley menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma menarik Robbie Brady.

Chelsea agak bergelut di kawasan serangan meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan. Diego Costa gagal melakukan sebarang cubaan tepat ke arah gol.

Ini kerana 2 cubaan beliau dihadang oleh pertahanan Burnley. Chelsea hanya merekodkan 2 cubaan tepat sepanjang perlawanan ini.

Michael Keane adalah pemain terbaik untuk Burnley dalam perlawanan ini.

Komen pengendali Chelsea ini selepas perlawanan berbunyi begini:

“Kami berjaya membawa pulang 1 mata. Ia agak mengecewakan juga kerana kami berpeluang untuk menang perlawanan ini.”

“Kami memastikan situasi terkawal dan cuba membunuh perlawanan. Tetapi kami gagal lakukannya.”

“Kami cuba bermain bola sepak dengan cara kami tetapi mereka telah menghalang kami melakukannya.”

“Pada separuh masa kedua, mereka bermain dengan taktikal hantaran panjang. Kami tidak tahu apa jenis permainan yang mereka mainkan.”

“Tak mudah untuk menang di sini. Mereka telah mengutip 29 mata di tempat sendiri. Jelas sekali mereka pasukan yang kuat di tempat sendiri.”

Keputusan seri itu melebarkan jurang pendahuluan Chelsea kepada 10 mata di atas Spurs dan Arsenal.

Tidak pedulikan Jose Mourinho

Sebelum ini, Mourinho menyatakan Chelsea sebagai pasukan defensif dan membuatkan sukar pasukan lain untuk mengejar mereka lagi.

Mourinho juga menambah, Chelsea menang dengan cara serangan balas dan situasi bola mati.

Conte menjawab:

“Ya, saya ada mendengar tentangnya. Tapi saya tidak suka membalas kenyataan jurulatih lain.”

“Saya tidak suka main pancing-memancing seperti ini. Saya dah sedikit pengalaman mengenainya.”

Conte merasakan kenyataan Mourinho itu hanyalah untuk bermain perang saraf dengan beliau.

Chelsea selepas ini akan berhadapan dengan Swansea City di Stamford Bridge.

Baca juga: Liverpool Menang Juga Akhirnya Pada 2017, 2 Gol Mane Hadiahkan 3 Mata

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN