Dibuang Chelsea, Antonio Conte Kini Selangkah Jadi Pengurus AC Milan

Iklan

Antonio Conte

Bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte kini dalam radar kelab Serie A iaitu AC Milan untuk menjadi pengurus baharu mereka.

Beliau yang disingkirkan oleh Chelsea untuk membolehkan Maurizio Sarri menjadi pengurus baharu kelab itu.

Conte dikatakan telah ditawarkan posisi sebagai pengurus AC Milan untuk menggantikan Genaro Gattuso.

Walaupun begitu, pelantikan itu mungkin mengalami sedikit masalah kerana Conte masih lagi mempunyai masalah dengan Chelsea.

Hal ini kerana Conte ingin mencabar Chelsea di muka pengadilan mengenai pemecatan beliau dari jawatan pengurus Chelsea.

Proses pengadilan mahkamah melibatkan Conte dan juga Chelsea dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk diselesaikan.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 19: Chelsea Manager, Antonio Conte looks on during a Chelsea FC Press Conference ahead of their Champions League last 16 match against FC Barcelona at Stamford Bridge on February 19, 2018 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Conte dikatakan menuntut £15.1 juta dari Chelsea selepas beliau disingkirkan oleh kelab itu.

Andai perkara ini benar berlaku, pihak yang beruntung semestinya adalah Gattuso sendiri.

Hal ini kerana beliau akan terus kekal menjadi pengurus AC Milan sekiranya Conte tidak jadi untuk bergelar pengurus pasukan tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh AC Milan untuk mendapatkan Conte boleh dikatakan wajar kerana mereka mahukan pengurus yang jelas sudah terbukti dalam kancah bola sepak Itali.

Hal ini kerana, pastinya AC Milan mahu menjadi pencabar utama bagi saingan domestik dan juga Eropah selepas berbelanja besar melibatkan pemain.

Conte merupakan bekas pengurus Juventus dan menjulang 3 gelaran Serie A bersama mereka.

Beliau juga pernah menjadi pengurus Itali sewaktu EURO 2016 sebelum menjadi pengurus Chelsea selepas kejohanan tersebut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram