Antonio Conte Gembira Dengan Sikap Yang Ditunjukkan Anak Buahnya Ketika Menang Di Madrid

Antonio Conte ternyata gembira dengan persembahan dan sikap yang ditunjukkan anak buahnya ketika menang 2-1 keatas Atletico Madrid pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi.

Conte memuji mentaliti yang dipamerkan anak buahnya selepas ketinggalan menerusi jaringan penalti dari Antoine Griezzman pada minit ke-40, Alvaro Morata dan Michy Batshuayi berjaya memadamkan kelebihan tersebut untuk mencuri tiga mata berharga di Madrid.

”Persembahan yang baik dipamerkan para pemain saya dan saya sangat gembira. Kami mesti gembira dengan persembahan yang ditunjukkan, personaliti dan semangat yang betul mereka pamerkan malam ini menentang Atletico Madrid,” kata Conte.”

”Kami ketinggalan 1-0 selepas babak pertama dan ianya sangat sukar untuk bangkit selepas jaringan yang dihasilkan Atletico Madrid, tetapi di sebalik itu, kami berhak untuk menang. Kami berterusan bermain dengan personaliti yang baik, mengekalkan fokus sepanjang perlawanan dan kami berhak untuk menang keatas pasukan yang sangat bagus ini.”

”Saya cuba untuk mengulanginya kepada pemain saya, untuk bermain di tempat sendiri atau lawan tidak mengubah personaliti kami, kami perlu sentiasa bermain dengan personaliti yang sama dan keinginan untuk bermain bola sepak dan cuba untuk memenangi perlawanan.”

Antonio Conte
MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 27: Antonio Conte, Manager of Chelsea celebrates with Alvaro Morata of Chelsea after he scores his sides first goal during the UEFA Champions League group C match between Atletico Madrid and Chelsea FC at Estadio Wanda Metropolitano on September 27, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

”Saya fikir kami mencuba untuk melakukannya. Musim lalu kami melakukannya dengan sangat baik dan memenangi Liga Perdana Inggeris serta layak ke perlawanan akhir Piala FA. Sekarang kami mempunyai kemungkinan untuk beraksi di pertandingan yang hebat seperti Liga Juara-Juara Eropah dan mentaliti kami tidak berubah.”

Dalam masa yang sama Conte turut memuji anak buahnya kerana mampu untuk beraksi dengan baik pada perlawanan yang dilabelkannya sebagai satu perlawanan yang besar.

”Perlawanan ini merupakan satu perlawanan yang besar buat kami dan kami bekerja dengan sangat baik. Saya sangat gembira dengan pemain saya kerana mereka mampu beraksi pada perlawanan seperti ini.”

”Anda boleh menang tetapi jika hanya bertahan dan melakukan serangan balas (counter attack), saya rasa ianya bukanlah benar-benar satu kepuasan. Sebaliknya untuk cuba bermain dan menunjukkan yang kami bersedia untuk bermain.”

”Itu sangat penting dan jawapan pada malam ini sangat positif.”

Kemenangan ini lebih signifikan apabila Chelsea menjadi pasukan pelawat pertama yang menjaringkan gol sekali gus menang di stadium baru Atletico Madrid, Wanda Metropolitano yang menggantikan Vicente Calderon sebagai gelanggang buat tuan rumah.

Dengan kemenangan ini menyaksikan skuad bimbingan Conte itu berada di tangga teratas kumpulan C dengan mengumpul 6 mata selepas mencatatkan kemenangan bersih dalam dua perlawanan yang sudah dilalui semua pasukan dalam saingan berprestij Eropah ini.

Sumber :

Chelsea FC (2017) – http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/09/conference-call–atletico-v-chelsea.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN