Antonio Conte: Chelsea Gembira Sekiranya Jose Mourinho Berterusan Letak Paul Pogba Di Bangku Simpanan

Antonio Conte

Menjelang pertemuan menentang Manchester United di Old Trafford esok, Antonio Conte mengharapkan agar rakan sejawatannya, Jose Mourinho akan terus meletakkan Paul Pogba di bangku pemain simpanan.

Conte telah bercakap mengenai kualiti yang dimiliki pemain antarabangsa Perancis itu dan menegaskan bahawa lebih baik buat Chelsea jika Mourinho terus membiarkan Pogba di tepi padang menjelang perlawanan menarik ini.

Pogba dikeluarkan selepas beraksi selama 63 minit di perlawanan bertemu Tottenham Hotspur yang menyaksikan United tewas 2-0.

Beliau kemudiannya hanya dimasukkan di babak kedua pada perlawanan bertemu Huddersfield Town dan kembali dikeluarkan pada minit ke-66 ketika tewas ditangan Newcastle United.

Antonio Conte ketika ditanya mengenai Paul Pogba, beliau berkata:

TURIN , ITALY – SEPTEMBER 29: Paul Pogba (L) of Juventus celebrates the opening goal with his head coach Antonio Conte during the Serie A match between Torino FC and Juventus at Stadio Olimpico di Torino on September 29, 2013, in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

”Kita bercakap mengenai seorang pemain utama, mengenai pemain yang ‘fantastik’.”

”Saya menjangkanya untuk mahu melihat dia diatas padang, jika dia tidak disenaraikan sebagai pemain kesebelasan utama, ianya lebih baik.”

”Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita bercakap mengenai seorang pemain yang utama.”

”Setiap jurulatih akan mencari jalan yang betul untuk mengurusnya. Tetapi saya rasa Pogba menunjukkan di United, dia adalah pemain yang utama.”

Ketika ditanya adakah beliau terkejut dengan keadaan yang dialami Pogba ketika ini, Conte memberikan respon sedemikian:

”Saya perlu untuk jujur: fokus saya adalah hanya untuk Chelsea. Saya tidak berminat dengan perkara yang berlaku di pasukan lain.”

Pada perlawanan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge musim ini, jaringan tandukan dari Alvaro Morata memberikan kemenangan mutlak buat Chelsea pada 6 November lalu.

Dalam pada itu, Antonio Conte dan Paul Pogba pernah bekerjasama dalam satu pasukan ketika mereka berdua berkidmat bersama Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN