Antonio Conte Bengang Kenedy Buat Hal Lagi, Menguap Ketika Sesi Taklimat Panas

Antonio Conte dilaporkan bengang dengan sikap beberapa pemain beliau yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini Conte marah dengan Luiz yang menunjukkan riak tak puas hati ketika dikeluarkan.

Musonda pula, pernah menggunakan instagram meluahkan kekecewaan tidak mendapat tempat dalam pasukan utama. Sedangkan pemain itu beraksi dalam kesemua aksi Piala Carabao.

Musonda dilaporkan mahu keluar dari Chelsea pada Januari hadapan.

Gary Cahill dikeluarkan pada minit ke-56 ketika di Rome kerana tidak menunjukkan lebih sikap bertanggungjawab sebagai kapten di dalam padang ketika pasukan Chelsea bergelut.

Chelsea tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut. Selepas itu, pasukan Chelsea kembali menyambung rutin latihan seperti biasa di Cobham untuk persiapan perlawanan EPL menentang Manchester United.

Ketika Conte sedang mengadakan sesi taklimat yang agak panas, Kenedy dilaporkan telah menguap di hadapan Conte. Ia membuatkan pengendali ini bengang dan telah memberikan amaran kepada semua pemain.

Conte bengang dengan sikap pemain-pemain beliau sejak akhir-akhir ini. Kenedy tidak bermain ketika di Rom tempoh hari.

Pemain ini pernah menimbulkan kontroversi ketika pra musim di China dengan mengguris hati peminat di sana. Kenedy terpaksa dihantar pulang awal ketika itu.

Kelab Chelsea terpaksa membuat permohonan maaf kepada peminat di China. Musim lalu Kenedy turut membuat masalah. Beliau telah dipinjamkan ke Watford tetapi perjanjian itu terpaksa dibatalkan pada Disember.

Ini kerana Kenedy memberitahu Walter Mazzari yang dia mahu pulang ke Chelsea. Conte agak bengang dengan hal itu kerana beliau meminjamkan Kenedy ke sana untuk lebih peluang beraksi dan meningkatkan potensi dirinya.

Dalam sesi latihan Chelsea kali ini Conte menumpukan aspek sikap pemain supaya mereka lebih bertanggungjawab di dalam pasukan.

Conte mengingatkan para pemain beliau, bahawa dia bukan pengurus yang tunduk dengan mana-mana pemain yang bintang.

Sebelum ini beliau pernah mengarahkan Diego Costa berlatih sendirian selepas pemain itu menyatakan kemahuannyan ke China.

Conte juga menyatakan pada Januari beliau menghantar pesanan teks kepada Costa memberitahu pemain itu tiada lagi dalam perancangan beliau.

Sebelum ini pemain Chelsea pernah memboikot Jose Mourinho. Conte sudah maklum akan perkara itu dan tidak akan tunduk dengan kuasa pemain.

Conte dikatakan sudah diberikan jaminan oleh ‘board’ pasukan Chelsea yang mereka di belakang Conte. Ini bermakna Conte boleh menyingkirkan sesiapa sahaja yang cuba mensabotaj beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN