Antoine Griezmann Tunjuk Sokongannya Kepada LGBT

Antoine Griezmann

Bintang Perancis, Antoine Griezmann menzahirkan sokongan beliau kepada komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) selepas melihat respon UEFA mengenai isu logo pelangi.

Dalam ciapan beliau di Twitter, Griezmann yang merupakan pemain Barcelona memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan stadium Bayern Munich iaitu Allianz Arena yang disinari dengan cahaya lampu berwarna pelangi.

Griezmann kemudiannya meletakkan emoji genggaman tangan ke atas atau raised fist sambil disertakan dengan emoji pelangi iaitu elemen yang sering dikaitkan dengan LGBT.

Respon yang diperoleh Griezmann di ciapannya itu bercampur-campur. Mereka yang pro-LGBT berterima kasih kepadanya kerana menyokong gerakan tersebut.

Sementara mereka yang menentang LGBT mengkritik tindakan pemain itu mendukung gerakan tersebut.

Tetapi kenapa Griezmann berbuat demikian?

Ianya berlaku selepas UEFA sebelum ini menolak permintaan Munich untuk menyalakan Allianz Arena dengan warna pelangi.

Larangan dikeluarkan oleh UEFA disebabkan mereka mendapati tindakan Munich adalah bersifat respon terus kepada Hungary yang juga merupakan salah sebuah tuan rumah Euro 2020.

Hal ini kerana, baru-baru ini di Hungary mereka telah bersetuju untuk menggubal undang-undang yang mengharamkan pembelajaran mengenai homoseksual dan pertukaran gender dalam sistem pendidikan mereka.

Selain menyalakan stadium dengan warna tersebut, mereka juga menggunakan bendera pelangi di bahagian sepakan sudut.

Sebelum ini, Manuel Neuer dilihat menggunakan lilitan lengan yang berwarna pelangi sewaktu memimpin Jerman dalam aksi Euro 2020 ketika menentang Portugal.

Baca juga artikel terkini kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Hakan Calhanoglu ‘Rentas Daerah’, Serta Inter Dari AC Milan

[VIDEO]: Lihat Aksi Luqman Hakim Yang Sungguh Licik Bantu KVK Belasah KRC Harelbeke

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply