Antara Paroi, Larkin & Kuala Terengganu, Di Mana Trofi Liga Premier Akan Mendarat?

Liga Premier 2021

Malam ini pastinya menarik untuk kita semua saksikan kepada penamat musim Liga Premier 2021 yang masih belum menemui pemenangnya.

Dengan tiga pasukan masih lagi berpotensi untuk menjadi juara antara Negeri Sembilan, Sarawak United dan Terengganu II, tiga mata amat penting untuk diraih untuk memateri kejuaraan.

Memandangkan kesemua perlawanan diadakan serentak, pihak Malaysia Football League (MFL) mengatakan yang mereka kini bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Menurut MFL, majlis penyerahan trofi akan diadakan di ketiga-tiga lokasi iaitu Paroi, Larkin dan Kuala Terengganu mengikut siapakah juara liga.

Namun begitu, cara trofi itu akan digerakkan tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan diterbangkan menggunakan helikopter ke stadium atau cara lain.

Sekiranya juara liga adalah Negeri Sembilan atau Sarawak United malam ini, majlis penyerahan trofi akan diadakan pada malam ini selepas perlawanan.

Tetapi jika Terengganu II yang menjuarai liga, majlis penyerahan trofi akan diadakan pada Rabu (22 September 2021) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Macam mana nak pastikan juara malam ni?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ketiga-tiga pasukan adalah memperoleh tiga mata terlebih dahulu.

Namun begitu, ada pasukan yang memerlukan bantuan keputusan di tempat lain untuk menolong mereka muncul juara.

Bagi Negeri Sembilan, tugas mereka adalah mudah iaitu tewaskan PDRM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan mereka akan sah juara.

Serupa buat Sarawak United yang ketinggalan satu mata di belakang Negeri Sembilan, mereka perlu menewaskan Johor Darul Ta’zim II di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin.

Tetapi mereka perlu mengharapkan Negeri Sembilan hanya mencatatkan keputusan seri atau lebih baik, kalah kepada PDRM untuk membolehkan mereka juara.

Cabaran lebih sukar buat Terengganu II yang bakal menentang Kelantan United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hal ini kerana, bukan sahaja mereka perlukan tiga mata tetapi perlu mengharapkan Negeri Sembilan dan Sarawak United kedua-dua tumbang kepada lawan masing-masing malam ini.

Saingan ini pastinya menarik untuk disaksikan selepas kita disajikan dengan aksi perebutan tempat kedua Liga Super antara Kedah Darul Aman, Penang dan Terengganu sebelum ini.

Semoga berjaya buat ketiga-tiga pasukan!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN