Ansu Fati: Lionel Messi Banyak Beri Nasihat Kepada Saya

Ansu Fati

Pemain muda berbakat besar Barcelona, Ansu Fati mendedahkan bahawa bintang dunia, Lionel Messi memainkan peranan yang cukup penting dalam perkembangan kariernya sebagai seorang pemain profesional di kelab gergasi Sepanyol itu.

Fati mencuri tumpuan pada perlawanan sulung La Liga awal pagi tadi apabila beliau meledakkan dua jaringan ketika membantu Barcelona menang 4-0 ke atas Villareal di Nou Camp.

Messi turut meletakkan nama selaku penjaring menerusi sepakan penalti di separuh masa kedua manakala pertahanan pasukan lawan, Pau Torres tertampan bola ke gawang sendiri bagi melengkapkan malam indah buat Barcelona.

Sehubungan dengan aksi menarik ditampilkan, Fati jelas tidak melupakan sumbangan besar Messi dalam merintis kepada perkembangan karier dan mempertingkatkan corak permainannya pada ketika ini.

”Beraksi bersama Messi adalah merupakan impian saya sejak dari kecil lagi dan kini saya menikmatinya.”

”Dia telah memberikan saya begitu banyak nasihat, banyak membantu di dalam padang mahu pun ketika sesi latihan, tetapi lebih daripada itu, dia membuatkan saya sangat gembira.”

”Saya mahu untuk meningkatkan prestasi pada setiap hari, untuk terus belajar daripada rakan sepasukan kerana mereka merupakan antara yang terbaik di dunia.”

”Mereka juga cuba untuk membantu saya pada setiap hari,” ujar Fati menurut laporan dikeluarkan Goal.

Dengan ketenangan aksi dan penyudah baik dimilikinya, tidak mustahil pemain berusia 17 tahun ini akan menjadi pilihan utama buat pengendali pasukan, Ronald Koeman untuk diturunkan selaku kesebelasan utama berbanding Ousmane Dembele.

Fati sebelum ini turut mendapat pujian daripada pengurus skuad kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique berikutan aksi cemerlangnya ketika membantu kemenangan 4-0 ke atas Ukraine dalam saingan UEFA Nations League, awal bulan lalu.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ansu Fati:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN