Annuar Musa Tolak Bertanding Presiden KAFA, Tiga Calon Sah Bertanding

Tiga calon akan bertanding dalam persaingan tiga penjuru untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Bekas presiden, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menolak untuk bertanding menduduki kerusi panas itu, selepas turut dicalonkan.

Sebelum ini, bekas Presiden KAFA itu menyatakan beliau masih belum menetapkan keputusan sama ada akan bertanding ataupun sebaliknya – untuk jawatan Presiden KAFA.

Tan Sri Annuar Musa menyatakan beliau hanya mahu fokus kepada tugasan politiknya.

Ini menjadikan perebutan untuk menjadi Presiden KAFA yang akan dipertandingkan di Kongres Luar Biasa (EGM) KAFA pada 6 Julai hadapan terdiri daripada tiga calon sahaja.

Menurut Setiausaha Eksekutif KAFA, Arif Hasssan,  tiga calon yang sudah mengesahkan akan bertanding ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dan juga Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, antara yang mengesahkan akan bertanding Presiden KAFA

Menurut Arif Hassan, tarikh akhir calon untuk memberi pengesahan untuk bertanding telah berakhir semalam (Selasa).

Dipetik daripada Berita Harian, Ariff dipetik sebagai berkata:

“Kesemua calon mengesahkan pencalonan pada hari Selasa [semalam] di Wisma KAFA.

“Sehingga semalam, tiga calon mengesahkan untuk bertanding kerusi presiden KAFA setelah dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ),” katanya di sini, hari ini.

Datuk Seri Afandi Hamzah ialah pertahan jawatan Timbalan Presiden KAFA.

Untuk jawatan Timbalan Presiden KAFA pula , Arif mengesahkan ia turut membabitkan pertandingan tiga penjuru dengan Mohammad Yusri Ismail, Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang), dan Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi akan bertanding untuk kerusi No.2 badan induk bola sepak negeri pantai timur itu.

Enam yang lain turut mengesahkan akan bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden dan EXCO membabitkan 27 calon semuanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram