Annuar Musa Tarik Diri Dari Bertanding Jawatan Presiden FAM

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari bertanding jawatan Presiden FAM yang bakal dipertandingkan tidak lama lagi.

Beliau yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden FAM satu ketika dahulu menyebarkan perkara ini menerusi laman Facebook beliau.

Menurut Annuar, keputusan itu dilakukan selepas beliau telah berbincang dengan beberapa pemimpin bola sepak di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Di peringkat kebangsaan, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Malaysia Football League (MFL), Tunku Mahkota Johor dan seorang lagi calon Presiden FAM – Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Mengambil kira pandangan dari TMJ, dan selepas telah memikirkannya secara mendalam maka saya memilih untuk memberi laluan kepada Datuk Hamidin untuk menjadi Presiden FAM.”

“Saya sangat gembira menyaksikan komitmen yang cukup tinggi kepada bola sepak Malaysia oleh TMJ.”

Tambah Annuar lagi, fokus beliau kini adalah untuk karier politik beliau bersama parti UMNO.

“Dengan keputusan ini, saya berhasrat untuk memberikan komitmen saya yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO.”

“Saya ingin mencurahkan masa saya kepada pucuk pimpinan parti dan juga majlis tertinggi dalam usaha memperkasakan UMNO.”

Situasi ini telah membuatkan Annuar 2 kali memberi laluan kepada calon lain dalam usaha beliau menjadi Presiden FAM.

Sebelum ini, beliau memberikan laluan kepada TMJ dalam pemilihan Presiden FAM yang lalu.

Pemilihan Presiden FAM yang akan datang bakal diadakan pada bulan Julai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN