Tan Sri Annuar Musa: “Orang Ketereh Bakal Ada Padang Sintetik”

Dalam status facebook terbaru Tan Sri Annuar Musa petang ini, beliau telah menunjukkan pelan pembinaan padang sintetik di kawasan Ketereh.

Padang tersebut akan mula dibina supaya boleh siap segera untuk kegunaan aktiviti bola sepak di kawasan tersebut.

Kos pembinaan padang tersebut dijangka akan memakan kos lebih dari RM 2 juta. Ini kerana pemasangan padang sintetik yang memerlukan kepakaran yang betul.

Ianya pasti gembira buat penduduk di Ketereh yang bakal menikmati kemudahan itu kelak. Namun begitu Tan Sri Annuar Musa tidak menyatakan jangkaan masa projek itu akan siap.

Jadi, buat masa ini, sama-samalah kita menunggu sebarang maklumat terkini tentang hal ini.

Untuk lebih spesifik, lokasi padang tersebut adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, yang berada di dalam kawasan Parlimen Ketereh.

Dengan adanya padang sintetik ini, ia juga mungkin boleh digunakan oleh pasukan Kelantan berlatih untuk sesi latihan taktikal.

Untuk sesi latihan lain mungkin mereka boleh kekal di padang yang sedia ada.

Jarak di antara Ketereh dan Kota Bharu difahamkan sekitar 40 km ataupun 30 minit perjalanan.

Buat masa ini, kami difahamkan Kelantan masih menggunakan padang MARDI di Kota Bharu untuk latihan utama pasukan mereka,

Padang sintetik sangat sesuai untuk digunakan berlatih taktikal seperti larian tanpa bola.

Selain itu, isu kecederaan ketika latihan juga dapat dikurangkan. Bagi kami, ini memang perkembangan yang positif.

Buat orang Ketereh, tahniah di atas berita gembira ini.

Baca juga: Kerana Bengang, Bekas Menteri Mesir Label Lionel Messi Sebagai Bebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram