Angelino: Ada Masa Bertaraf Dunia, Kadang-Kadang Man Utd Seperti Pasukan Biasa Sahaja

Angelino

Pemain bek kiri RB Leipzig, Angelino menegaskan wakil daripada Jerman itu tidak gentar untuk menghadapi Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 pada 29 Oktober nanti.

Manchester United yang tidak beraksi dalam saingan UCL musim lalu bakal kembali merasai nikmat saingan paling berprestij di Eropah itu selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 di tempat ketiga.

Manakala RB Leipzig yang dibimbing Julian Nagelsmann berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebelum tunduk 0-3 di tangan Paris Saint-Germain (PSG).

Selain diundi bersama Manchester United dalam kumpulan H, RB Leipzig akan sekali lagi menghadapi cabaran daripada PSG serta juara Super Lig Turki, Istanbul Beseksehir.

Angelino yang sempat membuat sembilan penampilan bersama Manchester City dalam saingan EPL musim lalu sebelum dipinjamkan ke Leipzig melihat Manchester United sebagai tidak konsisten.

Embed from Getty Images

”Saya tidak tahu banyak perkara mengenai Basaksehir. Kami mengetahui tentang Paris daripada separuh akhir di Lisbon.”

”Apa yang saya lihat setakat ini tentang Manchester United, mereka kadang-kadang boleh menjadi pasukan berkelas dunia, kadangkala seperti pasukan biasa-biasa sahaja.”

”Kami tidak perlu untuk takut,” ujar Angelino menurut laporan dikeluarkan Goal.

Sebelum bertemu Manchester United di Old Trafford, RB Leipzig perlu melayani kunjungan Istanbul Basaksehir pada 21 Oktober ini yang merupakan perlawanan pertama dalam kempen UCL musim ini.

Kredit featured image: Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai RB Leipzig:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN