Angel Di Maria: Saya Gembira Tidak Sertai Barcelona

Angel Di Maria

Pemain sayap lincah Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria mengakui beliau gembira dapat kekal bersama kelab tersebut walaupun Barcelona pernah berusaha untuk mendapatkan khidmatnya kira-kira tiga tahun lalu.

Di Maria menjadi sasaran Barcelona selepas kelab gergasi La Liga itu kehilangan khidmat Neymar yang bertindak memilih untuk berhijrah ke PSG pada musim 2017/18 di mana ia turut memecahkan rekod perpindahan termahal dunia dengan nilai €222 juta.

Meskipun sudah berjaya mendapatkan Neymar, PSG jelas tidak berhajat untuk melepaskan pemain skuad kebangsaan Argentina itu ke Nou Camp yang sekaligus menyaksikan Barcelona mengalihkan tumpuan kepada pemain Perancis, Ousmane Dembele.

Sehubungan dengan itu, Di Maria menyatakan rasa syukurnya kerana PSG masih memberikan kepercayaan dan tidak menjualnya ke Barcelona.

”Saya sangat gembira berada di Paris, tetapi terdapat perkara yang diperkatakan oleh individu-individu di kelab ini beberapa perkara, yang pada akhirnya hanya pembohongan sahaja.”

”Barca cuma untuk datang untuk mendapatkan saya. Kedua-dua kelab telah berbincang, tetapi PSG tidak mahu untuk menjual saya dan ianya berakhir di situ sahaja,” ujar Di Maria menurut laporan Goal.

”Pembohongan itu membuatkan saya terganggu, tetapi pada akhirnya, tidak meninggalkan PSG adalah satu perkara yang baik kerana saya sangat gembira berada di Paris pada hari ini.”

”Saya mahu menamatkan karier saya di Eropah bersama PSG, itulah satu-satunya yang saya mahukan dan berada dalam minda saya.”

”Saya sangat gembira di sini, begitu juga dengan keluarga saya. Yang selebihnya saya tidak tahu untuk waktu ini. Saya ingin fokus pada aksi di padang, perkara lainnya akan terserah nanti,” tambah Angel Di Maria lagi.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Angel Di Maria:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram