Anfield Sudah Sedia Sambut Kamu Wahai Atletico

Jurgen Klopp menganggap kekalahan dalam aksi di Wanda Metropolitano bukan pengakhiran kempen Liverpool dalam Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Juara bertahan, Liverpool dihampakan oleh Atletico. Pasukan bimbingan Diego Simeone menang 1-0 dalam aksi yang didominasi oleh Liverpool.

Malang sekali Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Klopp melaungkan amaran kepada Atletico, bahawa mereka sudah bersedia mengalu-alukan kedatangan mereka ke Anfield.

Klopp juga memuji atmosfera yang diwujudkan oleh penyokong Atletico yang menurut beliau telah memberikan kuasa tambahan kepada pasukan mereka.

“Ibarat, mereka terus pergi ke stesen minyak, dan kami pula hanya ada satu tangki minyak.”

“Mereka menggunakan emosi, sorakan daripada penyokong, dan stadium. Kita bercakap tentang kuasa yang ada pada Anfield. Dan malam ini kita lihat dia di sini.”

“Kepada penyokongnya Atletico Madrid yang bernasib baik berjaya mendapatkan tiket perlawanan di Anfield, orang kami sudah bersedia. Selamat datang ke Anfield.”

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1229896611943370752?s=09

Ditanya tentang, kenapa beliau mengeluarkan Sadio Mane? Jurgen Klopp menjawab, ianya perkara biasa di dalam bola sepak, pemain dikeluarkan atas beberapa alasan.

“Semua ini sebahagian daripada bola sepak. Saya tak suka melakukannya tadi, namun perancangan kami adalah mahu mengelak Sadio Mane mendapat kad kuning kedua.”

“Saya risau, pemain lawan akan terjatuh, walaupun Sadio Mane hanya menghembuskan nafasnya.”

“Saya tak nak itu terjadi, dan sebab itu saya mengeluarkan beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN