Anfield Kembali Bernyawa Antara 5 Perkara Dari Kejayaan Liverpool Tewaskan Burnley

Liverpool kini melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Burnley.

Kemenangan ini pasti akan menyemarakkan lagi cabaran Liverpool untuk merampas kembali kejuaraan selepas ini.

Berikut adalah lima perkara dari perlawanan tersebut yang perlu kita tahu.

Anfield kembali bernyawa

Perlawanan menentang Burnley adalah perlawanan pertama di Anfield pada musim ini untuk Liverpool. Ia juga bermakna Anfirld buat pertama kali dipenuhi oleh penyokong The Reds sejak 18 bulan lalu.

Sejak wisel sepak mula dibunyikan, penyokong yang hadir berjaya mewujudkan atmosfera luar biasa – elemen yang hilang dari Anfield keseluruhan musim lalu.

Sudah tentu kehadiran penyokong berjaya menyemarakkan kembali semangat skuad kendalian Jurgen Klopp dengan serangan bertali arus sehingga mendahului melalui tandukan Diego Jota pada minit ke-18 perlawanan.

Liverpool kini kekal tidak terkalah dalam 115 perlawanan di Anfield setiap kali mereka memperolehi pendahuluan.

Jota hadirkan kelainan

Diego Jota menjadi antara pemain tumpuan dalam perlawanan ini apabila dipilih oleh Jurgen Klopp berada di dalam kesebelasan utama untuk perlawanan ini, dan membiarkan Roberto Firmino di bangku pemain simpanan – sebelum dimasukkan pada pertengahan babak kedua.

Percaturan Klopp nyata membuahkan hasil apabila pemain antarabangsa Portugal itu cukup klinikal menyudahkan hantaran lintang Kontantinos Tsimiskas.

Kehadiran Jota nyata memberi ancaman dalam bentuk berlainan berbanding apa yang Firmino tawarkan.

Lebih direct dan klinikal di hadapan gawang gol, ia tidak menghairankan sekiranya Klopp akan menurunkan Jota lebih kerap berbanding Firmino sebagai No.9 selepas ini.

Harvey Elliot dapat kepercayaan Klopp

Perlawanan ini juga amat signifikan kepada pemain tengah berusia 18 tahun, Harvey Elliot.

Perlawanan menentang Burnley ini adalah kali pertama Elliot memperolehi kepercayaan Klopp beraksi sebagai pemain kesebelasan utama dalam aksi Premier League.

Peluang sebegini ibarat kepada satu permulaan baharu dan perjalanan panjang buat beliau bersama Liverpool.

Elliot tidak mengecewakan dengan aksi cemerlang dan matang yang ditampilkan – memberi masalah kepada barisan pertahanan Burnley di sebelah kanan serangan Liverpool.

Hantaran cemerlang beliau kepada Salah adalah bukti kemampuan yang dimiliki pemain ini. Malang sekali jaringan tersebut dibatalkan.

Trent Alexander-Arnold prestasi terbaik

Di sebalik musim tidak menentu pada musim lalu dengan beberapa kesilapan berprofil tinggi, diikuti kecederaan yang menghalang beliau menyertai skuad England di Euro 2020, Trent Alexander-Arnold seperti telah menemui keyakinan dan kembali ke prestasi terbaiknya  – berdasarkan apa yang ditampilkan dalam perlawanan ini.

Di sebalik aksi kurang memberangsangkan musim lalu, Alexander-Arnold masih menghasilkan lapan assist untuk Liverpool.

Tiada pemain pertahanan lain yang menghasilkan assist sebanyak yang dilakukan Alexander-Arnold di Premier League pada musim lalu.

Dalam perlawanan menentang Burnley, satu lagi assist untuk gol Sadio Mane membenarkan Liverpool selesa 2-0 di hadapan.

Salah terpaksa tunggu

Siapa pun yang memilih Mohamaed Salah sebagai kapten untuk permainan Fantasy Premier League pada minggu ini pasti akan kecewa. Ini kerana penyerang antarabangsa Mesir ini mengakhiri perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Beliau sepertinya sudah memperolehi gol yang dicari-cari pada minit ke-27 perlawanan, namun dibatalkan kemudian oleh VAR disebabkan offside.

Salah sebenarnya sedang menghampiri rekod centurion (100 gol Premier League) – dan mengejar rekod bekas penyerang Arsenal, Thiery Henry untuk gol centurion paling pantas.

Henry menjaringkan gol ke-100 Premier League selepas 160 perlawanan bersama Arsenal. Salah pula sudah mencetak 98 gol dari 159 perlawanan.

Nampaknya Salah terpaksa menunggu lebih lama untuk meraikan gol ke-100 Premier League – tetapi tiada siapa boleh menafikan kehebatan Salah sebagai salah seorang penyerang terbaik pernah kita saksikan.

Penutup

Selain daripada lima perkara di atas, kita juga boleh melihat bagaimana kehadiran Virgil Van Dijk yang sentiasa menjadi ancaman kepada pertahanan lawan setiap kali gerakan set-pieces dilakukan.

Kami pasti beliau akan terus menjadi aset buat The Red s pada musim ini.

Enam mata dari dua perlawanan bermakna Liverpool telah mengumpul mata maksimum setakat ini. Ia adalah satu perkara yang positif untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN